Selasa, 10 Januari 2012

Ustaz Azhar Idrus Sesat???


........................................................
................................................
.....................................
.............................
..................
.......
...
.

Ustaz Azhar Idrus Sesat sekiranya beliau mengajak manusia menyembah beliau bukan menyembah Allah. Namun sebaliknya terjadi, beliau mencipta fenomena baru menarik golongan muda mengenali Allah.

Dewasa ini kita lihat bagaimana tercetusnya fenomena Ustaz Azhar Idrus dalam youtube dan dvd2 kuliah beliau. Kaedah penyampaian kuliah beliau mampu menarik minat pendengar dari pelbagai lapisan masyarakat dan berjaya meruntuhkan tembok halangan golongan muda untuk berkunjung ke masjid2 bagi diisi dengan slot menuntut ilmu. Penyampaian yang bersahaja dan unsur-unsur jenaka sepanjang penyampaian kuliah beliau membuatkan kita tidak jemu dan mampu mengikuti kuliah sehingga selesai berbeza dengan sistem-sistem pengajian pondok sebelum ini.

Saya bukan berniat menghurai panjang kaedah penyampaian beliau yang memang sedia maklum menarik dan tidak bosan namun saya tertarik untuk menghurai bagaimana beliau menjawab pelbagai soalan2 yang dikemukakan orang ramai kepada beliau.

Pada pandangan saya, beliau merupakan Ulama yang lebih kepada Disiplin Ilmu Feqah, kerana banyak persoalan2 yang ditanya adalah mengenai ibadah, muamalah, jenayah, siasah dan munakahah. Jarang kita mendengar soalan2 yang berkaitan Tauhid dan Tasawwuf dikemukakan. Kaedah jawapan yang diberikan beliau juga amat menarik kerana beliau berbeza dengan ulama-ulama kontemporari yang lain. Setiap permasalahan Feqah beliau sandarkan kepada Imam2 Feqah seperti Imam Shafie, Imam Maliki, Imam Hanbali, Imam Hanafi, Imam Nawawi dan sebagainya. Jarang sekali kita mendengar beliau menghurai sendiri Al-Quran dan Hadis melainkan beliau bersandar kepada Ijmak dan Qias. Sandaran kepada Ijmak dan Qias ini semakin PUDAR dalam kalangan Ulama2 Kontemporari kerana pengajian Ulama2 kini lebih kepada sistem Universiti yang mengajar para mahasiswa mengkaji sendiri ayat2 al-Quran dan hadis2 nabawi. Berbeza dengan sistem pondok lama yang mengasuh dan mendidik para penuntut berpegang kepada ULAMA2 MUKTABAR yang lebih arif tentang Al-Quran, Hadis dan Kaedah Bahasa Arab dalam menghurai sumber hukum islam tersebut.

Serangan WAHABI atau SALAFI dalam kalangan masyarakat Malaysia Muslim wajib dibendung dan dilawan habis-habisan. Kemunculan Da'e seperti Al-Fadhil Ust Azhar Idrus ini merupakan satu sinar baru harapan agar sistem PONDOK dan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diasaskan oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-fathoni, Syeikh Ahmad Al-Fathoni dan Tok Kenali ini mampu diteruskan dan kita sebagai manusia awam tidak terjebak dengan akidah yang sesat dan amalan yang BIDAAH DHOLALAH HARAM dan BIDAAH DHOLALAH KARAHAH yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan dasawarsa ini.

11 ulasan:

  1. Ustaz Azhar Idrus ahli dalam bab permasalah Feqah ... Ustaz Ahmad Al Junaid Ahli dalam bab Tauhid/Aqidah dan merangkumi semua sekali bab dalam Islam ...........

    BalasPadam
  2. Ustaz azhar Idrus feat Ustaz Kazim Elias best ... terbaik la ... x jemu mendengar ..

    BalasPadam
  3. Suke la blog ni,mule2 terkezut gak nengok tajuknya sekali bace hurmmmmmmm ... hehe .. tu lain kali jgn salah sangka/buruk sangka ....
    Hidup Ulama' islam yg berpegang dengan silsilah Ulama' Muktabar Ahlus sunnah wal jamaah !!!

    BalasPadam
  4. Ermmm .. Ustaz Azhar Idrus tu bekas Gitarist Rock ke ? sbb tgk video die ade bermain gitar ... video bersama zizan tu ...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum , bg saya Ustaz azhar idrus terbaik di dalam mendekati golongan muda , hebat didikan Tok Guru Nik Aziz terhadap beliau , semoga pejuang2 kebenaran sentiasa dirahmati Allah di dalam Dakwah Islamiyah . :)

    BalasPadam
  6. pernah sepupu saya belajar kpd beliau sebelum beliau menjadi terkenal.. Beliau belajar agama pada usia yang telah menjangkaui 20-an tidak mcm ank muda yg lain yang terus diberi didikan pondok sejak usia muda..pendedahan beliau kepada masyarakat dan keperluan masyarakat membuatkan beliau ada idea bg mendekati golongan muda..Alhamdulillah.. beliau juga mampu bermain gitar lagu SANTANA kata sepupu saya..ust yang berahi kpd kamera..hehe..:)

    BalasPadam
  7. Mmg habis..fenomena ustaz azhar idrus mmg sgt dasyat..mana tidaknya, ramai anak muda yg ikut dia..penulis blog ini pn tidak kurg hebatnya..tahu akan nama2 para ulamak Fatoni..tp, syg..setakat tahu nama shj..kitab2 yg dikarang oleh ulamak2 tersebut tidak dipelajari..cukup syg..beginila..ustaz azhar idrus ni ulamak muktazilah ulung dlm youtube..knp sy ckp begini? Knp? Semestinya, anda ingin tahu bukan? baiklah, sy akn huraikan..persoalan yg diajukn oleh si penanya kpd azhar idrus berkaitan qada' dn qadar Allah Ta'ala (boleh cari di youtube utk menonton videonya)..maka dijawab azhar idrus begini lebih kurang bunyinya "Allah Ta'ala sudah ttpkan semuanya, dh takdirkan semuanya..tapi Allah tak paksa..dalilnya begini, jika seseorang itu telah ditakdirkan Allah utk ke surau tapi dlm perjalanannya die melencong ke karaoke, tidak pecah gearbox kereta tu, stereng pn xpatah.." beginilah (lebih kurang, nk lbh jelas sila lihat video) azhar idrus membahas persoalan qada' dn qadar..utk pengetahuan umum, sesungguhnya azhar idrus telah membahaskan qada' dn qadar sama seperti i'tiqad qadariyah aka muktazilah..ini kerana dlm pengajian tauhid di sisi ahlus sunnah wal jamaah, qada' dn qadar tidak dibahas begitu..malah perbahasan seperti mana azhar idrus terangkn dlm videonya itu merupakan satu perbahasan yg slh dn batil..rujuk kitab Tuhfatul Gharibin utk perbandingan perbahasan azhar idrus dn puak2 qadariyah..ternyata sama dn serupa serta sebijik la sng ckp..di sisi ahlus sunnah wal jamaah dn jatuh kafir sekiranya beri'tiqad seperti itu yakni bersamaan dgn i'tiqad qadariyah..di sisi ahlus sunnah wal jamaah, qada' dn qadar dibahaskn dgn lbh mendalam dlm slh satu sifat wajib 20 iaitu sifat iradah yakni kehendak..ta'aluk (operasional) sifat iradah ini adalah menentukan nasib makhluk..perbahasan secara ijmalinya (ringkasnya) tidak ada satu pn perkara yg berlaku bukn dgn kehendak Allah Ta'ala..semuanya berlaku dgn kehendak Allah baik perkara yg baik2 mahupn maksiat, kafir, sush, sng dn segala perkara jua..tidak timbul pn soal "Allah paksa"..perbahasan secara tafsili (terperinci) boleh didapati dlm kitab2 muktabar seperti kitab Akidah Alnajin, Jauhar Saniyah, Misbahul Almunir, Faridah Alfara'id dn kitab2 tauhid yg lainya..belajar dari kitab2 muktabar dn dgn guru yg teguh ilmunya..bukan dgn dr youtube, ceramah2, taip di google mahupun fb..baru la kita ada ilmu dn dpt mengenal yg slh dn yg betul serta dpt menilai mana satu ulamak yg bnr dn mana satu pembohong agama..ilmu itu pelita yg menyinari kegelapan..tanpa ilmu, hidup ini gelap dn mudah ditipu oleh penipu2 dn pemuka2 agama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bgus hujah anda sila laa apply jadi pengajar penceramah mcm ustaz azhar idrus sendiri, word without action is nothing bro prove it u can be better than ustaz azhar...

      Padam
  8. Tak habis-habis kata ada serangan Wahabi, walhal Dr. MAZA, bukak kitab-kitab Fiqh Imam Syafie untuk menghuraikan suatu hukum. Hatta dia pun bukak Kitab pondok untuk hujjah dia.

    Golongan kamu memang macam gitu, kalau dah tak suka, orang guna hujjah dari Kitab pondok pun dituduh Wahabi!!!

    Hahaha. Buat lah fitnah lagi. Jawablah kat Akhirat kelak.

    BalasPadam
  9. Tak habis-habis kata ada serangan Wahabi, walhal Dr. MAZA, bukak kitab-kitab Fiqh Imam Syafie untuk menghuraikan suatu hukum. Hatta dia pun bukak Kitab pondok untuk hujjah dia.

    Golongan kamu memang macam gitu, kalau dah tak suka, orang guna hujjah dari Kitab pondok pun dituduh Wahabi!!!

    Hahaha. Buat lah fitnah lagi. Jawablah kat Akhirat kelak.

    BalasPadam