Isnin, 10 Ogos 2009

Khalifah Allah di bumi itu adalah seorang manusia dikurniakan oleh Allah akan hidayah petunjuk mengurus fikirannya dengan baik supaya dirinya jadi orang berakal yang boleh menerima sesuatu yang baik bagi memulakan kehidupan menurut perintah Allah dan sunnah Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w seumpama firman Allah:

Mafhumnya,
“Dan apa-apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulallah s.a.w kepada kamu maka terimalah akan dia serta amalkannya, dan apa-apa jua yang dilarangnya kamu lakukan maka patuhilah larangannya”
(Surah Al-Hasyaar Ayat 7)

Isu sebenar kepada setiap individu generasi manusia kini adalah berkisar sekitar sejauh mana tumpuan kehendaknya memenuhi tuntutan diri zahir dan batin bagi menerima segala kebaikan dan kebajikan, menolak segala kemudharatan yang merosakkan segala amalannya, Al-Junaid bin Muhammad abu Al-Qasim (wafat 297H) telah berkata : semua jalan untuk menerima kebaikan dan kebajikan tertutup kepada mana-mana mukallaf melainkan orang yang mengurus fikiran mempunyai jazam yang putus kemudian memaksa dirinya menerima lalu mengikuti segala amalan kehidupan menteladani Rasulallah s.a.w serta mencontohi metodnya dan redha dengan ketentuan Allah, dengan yang demikian sahaja semua jalan kebaikan dan kebajikan pasti terbuka di hadapannya berdasarkan kepada hidayah Allah:


Mafhumnya.
‘sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad tidak berkuasa member petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi dan akan tetapi Allah member hidayah itu kepada sesiapa sahaja daripada hamba-hambanya.”
Surah Al-Qasas ayat 58

Maka jelaslah bahawa orang mukallaf itu adalah pewaris bagi agama Islam dan keberadaan agama pada setiap mukallaf itu mestilah dimulai dengan menurut perintah Allah.
Firman Allah:

Mafhumnya,
“Dan Allah mewajibkan kepada kamu talqin kalimah taqwa”
(Surah al-fath ayat 26)

Adapun Kalimah Taqwa itu ialah kalimah tauhid sepertimana yang diperintah oleh Allah kepada adam Alaihissalam menerimanya. Firmannya:

Mafhumnya
“ Nabi Adam menerima Talqin dari Tuhannya kalimah tauhid”
(Surah Al-Baqarah ayat 37)
Maka telah diketahui umum bahawa kalimah Taqwa atau kalimah tauhid itu ialah ucapan dua kalimah syahadah merupakan rukun bagi agama Islam yang pertama, yang dikhaskan bagi setiap mukallaf memulakan kehidupan beragama dengan agama Islam dan keberadaannya atas sebelas perkara, pertama: baligh, maka tidak sah kanak-kanak kafir yang belum baligh menerima Islam dan tidak sah kanak-kanak Islam yang belum baligh jadi murtad kecuali mengikut ibubapanya, kedua: berakal serta sihat deria panca indera, ketiga: ikrar dengan lidah dua kalimah syahadah dengan bahasa yang ia tahu maknanya yang disertai dengan niat fardhu ke atas dirinya segala kewajipan yang disyariatkan dalam agama Islam ke atas dirinya zahir dan batin keempat: hendaklah ia mengetahui makna dua kalimah syahadah itu walaupun dengan ijmal, kelima: hendaklah ikrar dengan tertib akan dua kalimah syahadah itu keenam: muwalat ikrar berturut-turut bag dua kalimah syahadah itu dengan tidak diselangi jarak yang jauh, ketujuh: hendaklah menerima agama Islam dan mengikuti selama-lamanya kelapan: Di atas kehendak dan pilihan sendiri serta redha dengan ketentuannya, kesembilan: tunai atau laksana syariatnya mengikut qawaid syarak tanpa bertaqlid atau bertangguh lagi, kesepuluh: Mengaku dengan sebenar berpindah keluar daripada fikiran yang salah (metod) yang ia berada sebelumnya kepada I’tiqad yang benar yang ahli pada babnya seumpama Rasulallah s.a.w dan berada di situ selama-lamanya. Kesebalas: tidak mengubah hukum taklif yang lima dengan sengaja atau tidak sengaja atau ia tidak berpandu kepada hukum wadh’i yang lima sebelum melakukan sesuatu amalan kehidupan.

Ahad, 9 Ogos 2009

PERKARA MURTAD DAN BIDAAH DHOLALAH

Sambungannya....

Baiklah sahabat semua, ok pertama sekali kita dah tahu tentang 4 perkara yang besar yang boleh menyebabkan murtad dan bidaah dholalah. Perkara seterusnya ialah TAHSINUL AQLI. TAHSINUL AQLI bermaksud terlalu mengikut kebijaksanaan pemikiran, menolak hujjah Al-Quran, hadis, ijmak dan qias dalam akidah, syariat, akhlak, pengorbanan diri dan pengorbanan harta. Jadi janganlah kita ni asyik mengaku kita je betul dan setiap perkara tu bukan boleh diukur dengan logik akal semata-mata. selalunya masalah ni timbul dalam cerdik pandai yang belajar sains dan teknologi. Jadi berhati-hatilah..

HULULIYAH ialah mengiktikad zat Allah menjelma di dalam alam menyerupai sesuatu daripada alam zahir dan batinnya. Seperti iktikad Yahudi iaitu zat Allah menjelma dalam alam menyerupai Nabi Allah Uzair a.s. Kita harus waspada dan berhati-hati dalam masalah iktikad ni. Kita juga harus ingat bahawa Zat, Sifat dan Af'al Allah " Laisakamislihi shaik" tidak menyerupai sesuatu yang baharu. Jadi Allah ni tiada dimensi seperti manusia, tiada kanan, kiri, atas, bawah, depan, belakang, dan dalam. Jangan kita gunakan akal fikiran dan bayangan jahat yang keluar dari pemikiran kita untuk menyamakan Zat, Sifat dan Af'al Allah. Tidak..tidak...tidak.. "ALLAHU LAISAKAMISLIHI SHAIK"

Seterusnya ni mungkin sedikit berkaitan dengan perkara-perkara mistik. Namanya TANASIKHUL ARWAH iaitu mengiktikad zat Nabi-nabi, Wali-wali dan Malaikat menjelma masuk dalam diri seseorang dan orang yang dijelma masuk ke dalam dirinya itu boleh menunjukkan beberapa yang menyalahi kebiasaan adat manusia biasa. Hmmm... bukan sedikit orang melayu kita ni jumpa BOMOH MENURUN kan? hmm.. jadi BOMOH MENURUN awas... anda berada dalam keadaan bahaya... jangan mengaku dan menipu lagi bahawa anda dimasuki roh2 orang-orang soleh sedangkan anda didamping oleh jin. Jadi bagi yang bukan bomoh jangan lah kita pergi berjumpa BOMOH MENURUN lg yea...

ok... perkara ni lagi dahsyat sebab dah la sombong then penipu pula.. IKTIKAD WAHDATUL WUJUD. Iktikad ini mengatakan Allah menjelma pada mana-mana tempat dalam diri dan bersatu dengan roh sehingga di kala itu orang itu mengaku dirinya TUHAN. hahaha... bahaya2 bukan sedikit orang yang macam ni... selepas mengaku dirinya tuhan dia meninggalkan segala amalan syariat, menghalalkan segala yang haram dan mengaku terangkat segala taklif syarak pada dirinya. Contoh yang berlaku sekarang ni? NIKAH BATIN, Sembahyang hanya dengan niat dan banyak lagi amalan pelik2 yang tidak datang dari nabi....jadi jangankita terikut2 dengan keadaan semasa... carilah Murshid Madah Maani dan tuntutlah ilmu perkasa diri..

Ni satu hal lg dan ini masalah terakhir. JAHIL QAWAID LUGHAH ARAB jangan kita suka-suka hati menghuraikan Al-Quran, hadis, dan kitab2 ulama sesuka hati jika kita tidak mahir ilmu bahasa arab sebab bahaya kerana apa yang kita cuba tafsir dan terjemah itu salah dan pembohongan semata-mata. Namun bagi mereka yang mahir bahasa Arab dan selalu ja score A dalam mata pelajaran tersebut harus bahawa mereka bukan ahli dalam sesuatu bidang sehingga mereka mampu menafsir ayat tersebut mengikut kehendak asal penulis jadi marilah kita menuntut ilmu dan mahir dalam sesuatu bidang insyaAllah perkara ini dapat dielak. " Tanyalah mereka2 yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui"

Wassalam.....

Rabu, 5 Ogos 2009

PERKARA MURTAD DAN BIDAAH DHOLALAH

Wahai saudaraku yang seagama sesungguhnya begitu mudah untuk kita yang telah menerima hidayah agama jatuh ke dalam lembah kehinaan sekiranya dalam perjalanan tersebut kita tidak berhati-hati atau tiada guru yang menunjukkan jalan yang selamat. Di sini saya ingin berkongsi 9 perkara yang menjadi penyebab kepada jatuhnya murtad dan berada dalam bidaah dholalah yang karahah atau haram.

Pertama sekali kita perlulah menyemak diri kita sama ada kita ini berada dalam kategori JAHIL MURAKAB iaitu bodoh yang bersusun-susun. contohnya seorang tu tak tahu tetapi dia mengaku kata dia tahu dan pandai dalam sesuatu bidang atau disiplin ilmu. Dalam kata lain dia tak sedar kata dia tak tahu. Banyak juga orang yang macam tu sekarang ni kan. Jadi berhati-hatilah daripada menjadi orang yang macam tu.

Bagi kategori kedua pula, orangnya masih dikategorikan sebagai JAHIL tapi jahil ni namanya JAHIL BASIT, jahil basit ni jahil yang tak belajar, kalau kita tak belajar mudah la kita nak jatuh dalam kategori murtad ni sebab kita tak tahu perkara-perkara yang boelh membatalkan dua kalimah syahadah kita kan? jadi bagi mereka yang tak belajar agama tapi masih mengaku seorang Islam cepat-cepatlah mencari Guru yang boleh membimbingnya ke jalan yang betul dengan mempelajari Fardhu Ain....

Golongan ketiga pula dipanggil RABTUL A'DI, Puak ni satu hal pula, mereka amat kuat berpegang kepada hukum adat sehingga meninggalkan semua hukum syarak dan hukum akal. Jadi ingat-ingatlah bagi mereka yang percaya benda-benda tahyul tu tinggal-tinggalkan lah sebab benda tu semua boleh merosakkan akidah, Syariat dan akhlak manusia beriman.

Satu lagi golongan yang mempunyai sikap yang pelik. Dia ni mudah percaya dan ikut tanpa ada usul periksa. Puak ni dikenali dengan nama TAQLIDUR RADDI iaitu ikut membabi buta. Kita ni manusia tak sunyi dari salah dan silap, tapi dalam kerja buat seharian kita pastikan kita merujuk kepada ulama atau ustaz yang faham hal ehwal hukum syarak jangan main buat je. Jadi berhati-hatilah dalam membuat sesuatu perkara rujuk dahulu sebelum buat.

sambungannya selepas ini.......