Ahad, 9 Ogos 2009

PERKARA MURTAD DAN BIDAAH DHOLALAH

Sambungannya....

Baiklah sahabat semua, ok pertama sekali kita dah tahu tentang 4 perkara yang besar yang boleh menyebabkan murtad dan bidaah dholalah. Perkara seterusnya ialah TAHSINUL AQLI. TAHSINUL AQLI bermaksud terlalu mengikut kebijaksanaan pemikiran, menolak hujjah Al-Quran, hadis, ijmak dan qias dalam akidah, syariat, akhlak, pengorbanan diri dan pengorbanan harta. Jadi janganlah kita ni asyik mengaku kita je betul dan setiap perkara tu bukan boleh diukur dengan logik akal semata-mata. selalunya masalah ni timbul dalam cerdik pandai yang belajar sains dan teknologi. Jadi berhati-hatilah..

HULULIYAH ialah mengiktikad zat Allah menjelma di dalam alam menyerupai sesuatu daripada alam zahir dan batinnya. Seperti iktikad Yahudi iaitu zat Allah menjelma dalam alam menyerupai Nabi Allah Uzair a.s. Kita harus waspada dan berhati-hati dalam masalah iktikad ni. Kita juga harus ingat bahawa Zat, Sifat dan Af'al Allah " Laisakamislihi shaik" tidak menyerupai sesuatu yang baharu. Jadi Allah ni tiada dimensi seperti manusia, tiada kanan, kiri, atas, bawah, depan, belakang, dan dalam. Jangan kita gunakan akal fikiran dan bayangan jahat yang keluar dari pemikiran kita untuk menyamakan Zat, Sifat dan Af'al Allah. Tidak..tidak...tidak.. "ALLAHU LAISAKAMISLIHI SHAIK"

Seterusnya ni mungkin sedikit berkaitan dengan perkara-perkara mistik. Namanya TANASIKHUL ARWAH iaitu mengiktikad zat Nabi-nabi, Wali-wali dan Malaikat menjelma masuk dalam diri seseorang dan orang yang dijelma masuk ke dalam dirinya itu boleh menunjukkan beberapa yang menyalahi kebiasaan adat manusia biasa. Hmmm... bukan sedikit orang melayu kita ni jumpa BOMOH MENURUN kan? hmm.. jadi BOMOH MENURUN awas... anda berada dalam keadaan bahaya... jangan mengaku dan menipu lagi bahawa anda dimasuki roh2 orang-orang soleh sedangkan anda didamping oleh jin. Jadi bagi yang bukan bomoh jangan lah kita pergi berjumpa BOMOH MENURUN lg yea...

ok... perkara ni lagi dahsyat sebab dah la sombong then penipu pula.. IKTIKAD WAHDATUL WUJUD. Iktikad ini mengatakan Allah menjelma pada mana-mana tempat dalam diri dan bersatu dengan roh sehingga di kala itu orang itu mengaku dirinya TUHAN. hahaha... bahaya2 bukan sedikit orang yang macam ni... selepas mengaku dirinya tuhan dia meninggalkan segala amalan syariat, menghalalkan segala yang haram dan mengaku terangkat segala taklif syarak pada dirinya. Contoh yang berlaku sekarang ni? NIKAH BATIN, Sembahyang hanya dengan niat dan banyak lagi amalan pelik2 yang tidak datang dari nabi....jadi jangankita terikut2 dengan keadaan semasa... carilah Murshid Madah Maani dan tuntutlah ilmu perkasa diri..

Ni satu hal lg dan ini masalah terakhir. JAHIL QAWAID LUGHAH ARAB jangan kita suka-suka hati menghuraikan Al-Quran, hadis, dan kitab2 ulama sesuka hati jika kita tidak mahir ilmu bahasa arab sebab bahaya kerana apa yang kita cuba tafsir dan terjemah itu salah dan pembohongan semata-mata. Namun bagi mereka yang mahir bahasa Arab dan selalu ja score A dalam mata pelajaran tersebut harus bahawa mereka bukan ahli dalam sesuatu bidang sehingga mereka mampu menafsir ayat tersebut mengikut kehendak asal penulis jadi marilah kita menuntut ilmu dan mahir dalam sesuatu bidang insyaAllah perkara ini dapat dielak. " Tanyalah mereka2 yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui"

Wassalam.....

3 ulasan:

  1. alhamdulillah di ketemukan dengan blog ini...

    syeikh,

    macam mana dengan kelas pengajian di sg lalang..boleh forwardkan saya jadual program ... kalau ada saya akan cuba untuk menghadiri...saya ni jahat adab dengan guru...dengan ustaz mat pun dah lama tak jumpa... istiadat pun kadang kadang ...bila rasa perlu...jadi sekarang nak tanamkan balik azam untuk tingkat kan rohani....dah lama ijazah tapi rohani rasa dok macam tu jugak tak naik naik...

    BalasPadam
  2. Kelas pengajian di Sg Lalang Buat pengetahuan saudara terbahagi kepada dua:
    1. kelas umumi
    diadakan pada selasa malam rabu
    bermula dari selepas maghrib shgga pukul 11.30
    disampaikan oleh tuan guru haji Ahmad Junaidin dan Tuan Guru Haji Idris

    2. Kelas Nizhami
    selama 60 jam
    latih tubi Fardhu Ain dan kemahiran Al-Quran
    boleh hubungi Ustaz Zia Ul hadk untuk maklumat lanjut
    0195605693

    BalasPadam
  3. Adik Kita ni memang hebat

    BalasPadam