Khalifah Allah di bumi itu adalah seorang manusia dikurniakan oleh Allah akan hidayah petunjuk mengurus fikirannya dengan baik supaya dirinya jadi orang berakal yang boleh menerima sesuatu yang baik bagi memulakan kehidupan menurut perintah Allah dan sunnah Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w seumpama firman Allah:
Mafhumnya,
“Dan apa-apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulallah s.a.w kepada kamu maka terimalah akan dia serta amalkannya, dan apa-apa jua yang dilarangnya kamu lakukan maka patuhilah larangannya”
(Surah Al-Hasyaar Ayat 7)
Isu sebenar kepada setiap individu generasi manusia kini adalah berkisar sekitar sejauh mana tumpuan kehendaknya memenuhi tuntutan diri zahir dan batin bagi menerima segala kebaikan dan kebajikan, menolak segala kemudharatan yang merosakkan segala amalannya, Al-Junaid bin Muhammad abu Al-Qasim (wafat 297H) telah berkata : semua jalan untuk menerima kebaikan dan kebajikan tertutup kepada mana-mana mukallaf melainkan orang yang mengurus fikiran mempunyai jazam yang putus kemudian memaksa dirinya menerima lalu mengikuti segala amalan kehidupan menteladani Rasulallah s.a.w serta mencontohi metodnya dan redha dengan ketentuan Allah, dengan yang demikian sahaja semua jalan kebaikan dan kebajikan pasti terbuka di hadapannya berdasarkan kepada hidayah Allah:
Mafhumnya.
‘sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad tidak berkuasa member petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi dan akan tetapi Allah member hidayah itu kepada sesiapa sahaja daripada hamba-hambanya.”
Surah Al-Qasas ayat 58
Maka jelaslah bahawa orang mukallaf itu adalah pewaris bagi agama Islam dan keberadaan agama pada setiap mukallaf itu mestilah dimulai dengan menurut perintah Allah.
Firman Allah:
Mafhumnya,
“Dan Allah mewajibkan kepada kamu talqin kalimah taqwa”
(Surah al-fath ayat 26)
Adapun Kalimah Taqwa itu ialah kalimah tauhid sepertimana yang diperintah oleh Allah kepada adam Alaihissalam menerimanya. Firmannya:
Mafhumnya
“ Nabi Adam menerima Talqin dari Tuhannya kalimah tauhid”
(Surah Al-Baqarah ayat 37)
Maka telah diketahui umum bahawa kalimah Taqwa atau kalimah tauhid itu ialah ucapan dua kalimah syahadah merupakan rukun bagi agama Islam yang pertama, yang dikhaskan bagi setiap mukallaf memulakan kehidupan beragama dengan agama Islam dan keberadaannya atas sebelas perkara, pertama: baligh, maka tidak sah kanak-kanak kafir yang belum baligh menerima Islam dan tidak sah kanak-kanak Islam yang belum baligh jadi murtad kecuali mengikut ibubapanya, kedua: berakal serta sihat deria panca indera, ketiga: ikrar dengan lidah dua kalimah syahadah dengan bahasa yang ia tahu maknanya yang disertai dengan niat fardhu ke atas dirinya segala kewajipan yang disyariatkan dalam agama Islam ke atas dirinya zahir dan batin keempat: hendaklah ia mengetahui makna dua kalimah syahadah itu walaupun dengan ijmal, kelima: hendaklah ikrar dengan tertib akan dua kalimah syahadah itu keenam: muwalat ikrar berturut-turut bag dua kalimah syahadah itu dengan tidak diselangi jarak yang jauh, ketujuh: hendaklah menerima agama Islam dan mengikuti selama-lamanya kelapan: Di atas kehendak dan pilihan sendiri serta redha dengan ketentuannya, kesembilan: tunai atau laksana syariatnya mengikut qawaid syarak tanpa bertaqlid atau bertangguh lagi, kesepuluh: Mengaku dengan sebenar berpindah keluar daripada fikiran yang salah (metod) yang ia berada sebelumnya kepada I’tiqad yang benar yang ahli pada babnya seumpama Rasulallah s.a.w dan berada di situ selama-lamanya. Kesebalas: tidak mengubah hukum taklif yang lima dengan sengaja atau tidak sengaja atau ia tidak berpandu kepada hukum wadh’i yang lima sebelum melakukan sesuatu amalan kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan