Assalamualaikum..
Bagi yang follow blog ana atau terfollow ana ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan tersebut. Ana minta maaf banyak2 sebab tak sempat nak update blog ni. Malah ada satu ketika ana terniat nk delete saja blog ni. Tapi bila berfikir semula, ana ambil keputusan teruskan sahaja perkongsian ilmu dan amal yg baik2 yg boleh dijadikan teladan dan panduan kepada kita dalam menyelusuri lautan yg maha dalam dan maha luas Alam Kejadian Allah.
Ana tertarik dgn sepotong ayat al-Quran dari surah al-Baqarah
ayat 256
لَآ إِكۡرَاهَ فِى ٱلدِّينِۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَىِّۚ فَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلطَّـٰغُوتِ وَيُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ
mafhumnya;
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh"
Tiada sesiapa yang mampu dan boleh memaksa kita melakukan sesuatu sama ada baik atau jahat. Ramai di luar sana mengambil mudah dgn memahami ayat ini dengan katanya;
" Jika individu tersebut belum memeluk Islam, tiada siapa boleh memaksanya memeluk Islam"
Tetapi mafhum ayat ini bukan sedemikian rupa.
kata sheikh Abdul Qadir Jilani dalam kata-kata nasihat kepada murid-muridnya;
" sebelum kamu melaksanakan sesuatu hukum taklifi bersandarkan hukum wadhoi, kamu wajib memaksa diri kamu menerima agama Islam, wajib memaksa diri kamu menunaikan yang diperintah dan meninggalkan dgn jazam yang putus perkara-perkara yang dilarang dan kamu wajib menerima ketentuan Allah dengan redha".
Maka di sini kita dapat simpulkan bahawa sebelum melaksanakan sesuatu tiada seorang manusia berhak memaksa kita termasuk guru-guru dan ibu bapa tetapi kitalah yang bertanggungjawab memaksa diri kita menerima keluasan rahmat Allah dan menolak debu-debu azab Allah.
1. wajib kita memaksa diri kita menerima agama Islam secara berhak.
2. wajib kita memaksa diri kita melakukan perkara diperintah dan meninggalkan perkara ditegah.
3. wajib kita menerima dengan redha segala ketentuan Allah.
Selepas kita memaksa diri kita sendiri dengan perkara-perkara di atas, pada ketika itu muncullah keikhlasan dan kemanisan dalam beribadah dan bebas dari syirik kepada Allah sepertimana firman Allah dalam ayat terakhir surah al-Kahfi;
قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۟ بَشَرٌ۬ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬ۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلاً۬ صَـٰلِحً۬ا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا
"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan