Ahad, 17 Oktober 2010

Wahabi Serta kecelaruan Yang Dilakukan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah menulis mengenai topik ini walaupun ana bukan terlalu arif mengenai perkara ini tetapi penulisan ini ana gagahkan juga diri mengambil tanggungjawab yang berat ini sambil tidak putus berpegang di hati "Aku tiada kuasa, tiada kekuatan melainkan semuanya dari Allah". Bodoh dan tak tahu itu memang diri ana. Penulisan ini berdasarkan pengalaman ana berhadapan dengan puak-puak Wahabi ini melalui perbincangan yang berlaku di alam siber ini. Selain itu bimbingan guru-guru ana juga menjadi satu pegangan dan panduan dalam penulisan ini.

Wahabi merupakan istilah yang diguna pakai kepada satu golongan yang menjadi pengikut kepada Muhammad Bin Abdul Wahab. Nama Wahabi ini dinisbahkan kepada Abdul Wahab iaitu bapa kepada idealis fahaman ini. Fahaman ini merupakan fahaman yang berpegang teguh dengan Tahsinul Aqli (Logik Akal) dan mengambil al-Quran serta hadis yang memenuhi kehendak mereka sahaja tetapi menolak yang lain. Mereka juga selalu mendakwa bahawa Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim itu sebagai ulama sandaran kepada pandangan-pandangan mereka. Manakala ulama kontemporari yang menjadi sandaran mereka adalah seperti al-Bany dan Abdullah bin Baaz.
Tanda-tanda jelas dapat dilihat untuk mengenali wahabi ini seperti:-
  1. al-Quran dan hadis sahaja menjadi pegangan mereka dalam membuat sebarang dalil dan mereka menolak Ijmak Ulama dan Qias serta rukyah ulama.
  2. Kesemua mereka mendakwa mereka adalah salafus soleh (golongan 500 tahun awal Hijrah) dan menolak ijtihad ulama seperti Imam Shafie dalam bab Fiqh terutama di Nusantara.
  3. Wujudlah perkara-perkara seperti tiada Qunut dalam subuh, tiada tahlil arwah dan sebagainya kemudian membidaahkan mereka yang membuat perkara-perkara tersebut.
  4. Menghina Imam-Imam Muktabar adalah satu perkara biasa di mulut mereka dengan mengatakan Sheikh Jaafar Barzanji sebagai sesat dan Imam Ghazali menggunakan Hadis dhaif dalam penulisan kitab Ihya Ulumuddin.
  5. Satu kebiasaan bagi mereka mengatakan ayat ini "Imam Shafie pernah berkata, jika kamu menjumpai dalil yang lebih kuat itulah mazhabku".
  6. Mengubah isi kitab ulama-ulama Muktabar kemudiannya mengatakan bahawa iktikad mereka adalah seperti ulama sekian dan sekian seperti berlaku kepada Imam Abu Hassan as-Syaari apabila kitab Ibanahnya dirombak dan dipinda sesuka hati.
  7. Bagi yang lebih ekstrem mereka sanggup mentakwil ayat-ayat mutasyabihah dengan mengatakan Allah berjisim dan mengatakan Allah bersemayam di atas arasy seperti mana Imam Duduk atas Mimbar.
  8. Dan Banyak lagi ciri-ciri yang boleh dikenal pasti wujud kepada golongan Wahabi ini yang mana Akidah, Syariat dan Akhlak mereka sesat lagi menyesatkan.
Seperti sedia maklum kepada kita, Ahli Sunnah Wal Jamaah mengambil al-Quran sebagai rujukan utama diikuti Hadis kemudian Ijmak dan Qias. Kita kini berada di zaman khalaf dan malah hampir kepada akhir zaman. Jelas Allah dalam surah Yusuf ayat ke 108:-

قُلۡ هَـٰذِهِۦ سَبِيلِىٓ أَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ‌ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۟ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِى‌ۖ وَسُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۟ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ

>Mafhumnya;
"Katakanlah hai Muhammad ini jalanku, aku menyeru manusia kepada Allah atas pandangan kepada aku( Muhammad) dan mereka-mereka yang mengikutku. Maha suci Allah dari apa yang dipersekutukan kepadaNya"

Jelas di sini bahawa mengikut al-Quran dan hadis sahaja tidak mencukupi malah menyesatkan kerana kita bukanlah ahli dalam menafsir atau mentakwilkan ayat-ayat Allah dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w kerana jahil bahasa arab. Malah sudah muafakat (Ijmak) para Ulama bahawa orang yang ahli pada bab Tauhid dan Akidah adalah Abu Hassan as-Syaari dan Abu Mansur al-Maturidi manakala pada bab Fiqh adalah Shafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Pada bab akhlak ahlinya adalah al-Ghazali, Junaid al-Baghdadi, al-Kusyairi, al-Syaqrani dan ulama-ulama muktabar sealiran mereka. Pada bab Taqarrub (mendekatkan) diri kepada Allah kita sudah muafakat sama ada Abu Hassan as-Syazili, Ahmad Khabir ar-Rifai, Ahmad Badawi, Abi Madyan al-Maghribi, Ahmad Khasasi al-Madani dan ketua bagi keseluruhan atau murabbi pada kurun khalaf ini ialah Sultan Aulia Muhyiddin Abdul Qadir al-Jilani.

"Imam Shafie pernah berkata, jika kamu menjumpai dalil yang lebih kuat itulah mazhabku", merupakan satu kata-kata biasa sebagai dalil mereka untuk terus menipu namun bagi orang yang kurang kepetahan ;dan mantik bagi mematahkan dalil ini akan terus terdiam dan tunduk lalu mengikut mereka. ketahuilah bahawa Imamuna Shafie sudah ada Mujtahid Tarjih iaitu orang yang bertanggungjawab dalam mendokong dan menghurai isi kandungan mazhab tersebut iaitu Imam Nawawi, Imam Ibnu Hajar Haitaimi, Imam Ramli Kabir dan Imam Rifaie. Ikutlah mana Mujtahid Tarjih tersebut tanpa perlu berbahas semula.

Sekian sahaja bagi penulisan dan perkongsian ana di sini pada kali ini dan sebarang pertanyaan dan soalan lanjut silalah tanya di ruangan komen kerana isu Wahabi ini cukup popular sekarang dan menjadi buah mulut di mana-mana.

Selasa, 12 Oktober 2010

KAUM YANG SESAT LAGI MENYESATKAN

Assalamualaikum w.b.t.

Pada kesempatan kali ini ana ingin mengambil masa menghurai seba sedikit mengenai KAUM YANG SESAT LAGI MENYESATKAN kerana hal ini boleh dijadikan bimbingan dan panduan kepada para sahabat dan saudara di luar sana dalam menjalani hidup kehidupan beribadah kepada Allah dengan Yakin walaupun terpaksa mengharungi lautan kesesatan dan kegelapan yang semakin berleluasa masa kini.

Sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya;

" Umatku akan berpecah sehingga menjadi 73 puak, hanya 1 puak yang terselamat, manakala yang lain semuanya binasa". Sewaktu ditanya "Siapakah yang terselamat itu?" Baginda menjawab "Itulah Ahlus Sunnah Wal Jamaah" ditanya lagi " APakah Ahlus Sunnah Wal Jamaah itu?" Baginda bersabda " Perjalanan hari ini dan para sahabatku".

Kita sebagai orang awam tertanya-tanya siapakah 72 puak yang tersesat itu. Adakah kita termasuk di dalam salah satu puak yang tersesat itu? Untuk lebih berwaspada supaya kita tidak termasuk dalam puak-puak yang tersesat, berikut dibentangkan serba ringkas seperti mana yang telah dijelaskan oleh Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fatani dalam Dhiya-ul Murid.

Pada kali ini cukup sekadar diperkenalkan kepada pembaca akan kaum RAFIDHIYAH iaitu dua belas puak. Kesesatan puak-puak ini dalam bab akidah berlaku kerana pegangan dan kepercayaan mereka jelas bercanggah sama sekali dari pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah walaupun mereka masih mengaku bahawa mereka masih dalam kalangan orang-orang Islam. Antara pegangan mereka ialah:-
  1. Mereka beriktikad(percaya) bahawa Saiyidina Ali k.w.h turun dari langit pada suatu hari nanti dengan rupa awan ketuhanan lalu berupa dengan seorang manusia, maka beliau akan melakukan beberapa pekerjaan yang dibangsakan kepada sifat ketuhanan. Setelah itu beliau akan naik semula ke langit.
  2. Mereka juga berpegang bahawa Malaikat Jibril telah tersalah memberi wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w., sedangkan sebenarnya wahyu tersebut adalah untuk saiyidina Ali k.w.h.
  3. Mereka juga percaya bahawa Nabi Muhammad s.a.w dan Saiyidina Ali k.w.h bekerjasama dan bergabung dalam pekerjaan kenabian.
  4. Mereka juga mendakwa bahawa jawatan khalifah itu hanya khusus kepada Saiyidina Ali k.w.h sahaja. Oleh itu Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar dan Saiyidina Osman sentiasa berada dalam kafir kerana menerima dan menjawat jawatan khalifah Rasulullah s.a.w. Mereka juga mengeji dan menyumpah sahabat-sahabat agung Rasulullah dan sahabat- sahabat lain yang tiada seketurunan atau sebangsa dengan Ali k.w.h.
  5. Mereka percaya setelah roh keluar daripada seseorang anak Adam(mati), maka roh orang yang mati itu akan masuk pula ke dalam jasad orang lain atau serupa.
  6. Mereka juga mendakwa Saiyidina Ali k.w.h akan kembali hidup semula di akhir zaman sebelum hari kiamat. Beliau akan datang dan menghukum semua musuh-musuhnya, tempat beliau sekarang di awan. Bunyi guruh dan kilat itu adalah suara cemetinya.
  7. Mereka percaya bahawa kadang-kadang Zat Allah s.w.t. akan zahir dalam rupa bentuk manusia, maka ketika itu dinamakan zat tersebut sebagai Nabi atau Imam. Lalu mengajak manusia kepada agama Islam yang lurus.
Jika Zat Allah tidak zahir secara demikian sudah tentu semua manusia akan tersesat. Mereka juga percaya bahawa zat Allah itu boleh menjelma dan masuk ke dalam sesuatu lalu sebati dengan benda tersebut.

Kaum Rafidhiyah ini juga dikenali dengan nama Syiah dan amat taasub dengan saiyidina Ali k.w.h. Kaum Syiah berpusat di Iran dan menurut pendapat mereka mengamalkan syiah Imamiyah yang mempercayai kepada 12 Imam-imam mereka. wallahu a'lam

Isnin, 11 Oktober 2010

HARI-HARI ALLAH DAN UMUR DUNIA

Assalamualaikum w.b.t.

Pada suatu hari ana melawat page IluvIslam dan di sana ada perbincangan yang hangat. Seorang muslimah bagi ana cukup berani dalam membuat kontroversi. Tajuk Dunia Akhir Zaman tersebut membongkar kepalsuan sejarah yang kita pelajari dalam silibus sejarah sekolah-sekolah Malaysia. Teori daripada Charles Darwin iaitu saintis Evolusi terkenal amat bercanggah daripada al-Quran dan sirah nabi-nabi. kewujudan zaman-zaman seperti Paleolitik, Neolitik dan sebagainya di mana digambarkan manusia memakai cawat dan hidup dalam gua. Ilmu dan sains masih belum dipelajari oleh sesiapa. Jika mengikut akal logik manusia ISLAM tiada siapa sanggup meletakkan Khalifah Pertama iaitu Adam a.s sebagai seorang yang memakai cawat dan hidup dalam gua tanpa ilmu pengetahuan sedangkan Baginda nabi lagi rasul.

Tak dinafikan ana juga pernah tertipu dengan sejarah palsu ciptaan penjajah tersebut apabila mendapat A dalam matapelajaran sejarah ketika menuntut di peringkat menengah tetapi apabila hidayah petunjuk membongkar segalanya ana tertunduk dan mengaku salah kepada Allah. Ya Allah aku hambaMu yang bodoh dan tidak tahu apa-apa tanpa ilmu-ilmu yang dikurniakan kau kepadaku.

Jika dikaji sirah-sirah rasul sejak Adam a.s sehingga Rasul kita iaitu Saiyyidul Ulul Azmi Muhammad s.a.w. maka kita akan dapati jarak masa mereka tidak sampai 10000 tahun apatah lagi 100000 tahun sepertimana dimasyhurkan dalam buku sejarah iaitu ketamadunan manusia zaman Paleolitik.

Jika diteliti secara halus kita akan dapati jarak masa Adam a.s kepada anaknya iaitu nabi lagi rasul yang pada bilangan 313 iaitu syish a.s adalah 1000 tahun sahaja. kemudian dari nabi Allah Syish a.s kepada Nabi Allah Nuh a.s ialah 1000 tahun. dari Nabi Nuh kepada Ibarahim Khalilullah pula 1000 tahun. Diteruskan dari Nabi Ibarahim a.s kepada Musa Kalimullah 1000 tahun dan kemudian 1000 tahun dari Musa a.s kepada Isa Ruhullah. Maka zaman Isa kepada Muhammad s.a.w. adalah 500 tahun dan digelar zaman fitrah iaitu zaman manusia tanpa dosa kerana ketiadaan rasul. Kemudian Muhammad s.a.w sehingga sekarang adalah 1431 tahun berdasarkan tahun Hijrah Nabi s.a.w.

Di dalam Surah Ibrahim ayat kelima jelas Allah berfirman.
وَذَڪِّرۡهُم بِأَيَّٮٰمِ ٱللَّهِ‌ۚ
"Ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah"

Apakah hari-hari Allah tersebut. Maka dikata ulama dalam kitab-kitab muktabar hari pertama dinamakan hari Lahut iaitu zaman di mana kita di alam Ruh dan berada di Syurga sebelum kejadian lembaga Adam a.s. Kemudian dinamakan Hari Jabarut iaitu hari kita ditempatkan di solbi Adam a.s. kemudian hari Malakut di mana kita berpindah dari solbi si ayah ke Rahim si ibu. hari keempat ialah hari Mulki hari di mana kita berada di zaman Fitrah iaitu sehari hingga 9 tahun bagi perempuan atau datang tanda baligh dan sehari sehingga 15 tahun bagi lelaki atau datang tanda baligh. Hari Nasut adalah selepas hari Mulki iaitu ketika mana kita dikhitab atau difardhukan dengan agama dan hari ini dinamakan alam ujian sehingga kita tua atau nyanyuk serta sampai ajal. Kemudian kita berpindah ke hari barzakh di alam kubur sebelum berpindah ke hari Akhirat tempat dihitung segala amalan di Hari Nasut. Maka ketahuilah hari-hari Allah itu ada tujuh bilangannya iaitu LAHUT, JABARUT, MALAKUT, MULKI, NASUT, BARZAKH DAN AKHIRAT. Bersamaan dengan tujuh hari iaitu AHAD, ISNIN, SELASA, RABU, KHAMIS, JUMAAT DAN SABTU. Firman Allah;

ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَا فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ۬ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ‌ۖ
Mafhumnya;
"Allah yang menjadikan langit dan bumi dan di antara keduanya dalam enam hari kemudia pada hari ketujuhnya bersemayam Allah di atas Arasy."
Kemudian Firman Allah lagi dalam surah al-Hajj ayat ke 47 menyatakan nisbah bilangan dunia berbanding akhirat, iaitu 1000 tahun dunia di sisi manusia adalah 1 hari bagi Allah.

وَإِنَّ يَوۡمًا عِندَ رَبِّكَ كَأَلۡفِ سَنَةٍ۬ مِّمَّا تَعُدُّونَ

Mafhumnya.
"sesungguhnya satu hari di sisi Allah adalah menyamai 1000 tahun dari apa yang kamu hitung."

Jadi tidak perlu diperbahaskan lagi mengenai UMUR DUNIA. Allah tidak memberi al-Quran kepada orang-orang bodoh membacanya kerana tiada faedah bagi mereka. Jelas menunjukkan umur dunia bagi manusia memerintah hanyalah 7000 tahun dan bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan kenyataan ini boleh bersemuka dengan ana sendiri kerana hal ini amat biasa bagi mereka yang ada bimbingan Mursyid dan Murabbi di dunia dan akhirat dan amat aneh bagi mereka yang syaitan menjadi guru. Wassalamu alaikum.