Ahad, 17 Oktober 2010

Wahabi Serta kecelaruan Yang Dilakukan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah menulis mengenai topik ini walaupun ana bukan terlalu arif mengenai perkara ini tetapi penulisan ini ana gagahkan juga diri mengambil tanggungjawab yang berat ini sambil tidak putus berpegang di hati "Aku tiada kuasa, tiada kekuatan melainkan semuanya dari Allah". Bodoh dan tak tahu itu memang diri ana. Penulisan ini berdasarkan pengalaman ana berhadapan dengan puak-puak Wahabi ini melalui perbincangan yang berlaku di alam siber ini. Selain itu bimbingan guru-guru ana juga menjadi satu pegangan dan panduan dalam penulisan ini.

Wahabi merupakan istilah yang diguna pakai kepada satu golongan yang menjadi pengikut kepada Muhammad Bin Abdul Wahab. Nama Wahabi ini dinisbahkan kepada Abdul Wahab iaitu bapa kepada idealis fahaman ini. Fahaman ini merupakan fahaman yang berpegang teguh dengan Tahsinul Aqli (Logik Akal) dan mengambil al-Quran serta hadis yang memenuhi kehendak mereka sahaja tetapi menolak yang lain. Mereka juga selalu mendakwa bahawa Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim itu sebagai ulama sandaran kepada pandangan-pandangan mereka. Manakala ulama kontemporari yang menjadi sandaran mereka adalah seperti al-Bany dan Abdullah bin Baaz.
Tanda-tanda jelas dapat dilihat untuk mengenali wahabi ini seperti:-
  1. al-Quran dan hadis sahaja menjadi pegangan mereka dalam membuat sebarang dalil dan mereka menolak Ijmak Ulama dan Qias serta rukyah ulama.
  2. Kesemua mereka mendakwa mereka adalah salafus soleh (golongan 500 tahun awal Hijrah) dan menolak ijtihad ulama seperti Imam Shafie dalam bab Fiqh terutama di Nusantara.
  3. Wujudlah perkara-perkara seperti tiada Qunut dalam subuh, tiada tahlil arwah dan sebagainya kemudian membidaahkan mereka yang membuat perkara-perkara tersebut.
  4. Menghina Imam-Imam Muktabar adalah satu perkara biasa di mulut mereka dengan mengatakan Sheikh Jaafar Barzanji sebagai sesat dan Imam Ghazali menggunakan Hadis dhaif dalam penulisan kitab Ihya Ulumuddin.
  5. Satu kebiasaan bagi mereka mengatakan ayat ini "Imam Shafie pernah berkata, jika kamu menjumpai dalil yang lebih kuat itulah mazhabku".
  6. Mengubah isi kitab ulama-ulama Muktabar kemudiannya mengatakan bahawa iktikad mereka adalah seperti ulama sekian dan sekian seperti berlaku kepada Imam Abu Hassan as-Syaari apabila kitab Ibanahnya dirombak dan dipinda sesuka hati.
  7. Bagi yang lebih ekstrem mereka sanggup mentakwil ayat-ayat mutasyabihah dengan mengatakan Allah berjisim dan mengatakan Allah bersemayam di atas arasy seperti mana Imam Duduk atas Mimbar.
  8. Dan Banyak lagi ciri-ciri yang boleh dikenal pasti wujud kepada golongan Wahabi ini yang mana Akidah, Syariat dan Akhlak mereka sesat lagi menyesatkan.
Seperti sedia maklum kepada kita, Ahli Sunnah Wal Jamaah mengambil al-Quran sebagai rujukan utama diikuti Hadis kemudian Ijmak dan Qias. Kita kini berada di zaman khalaf dan malah hampir kepada akhir zaman. Jelas Allah dalam surah Yusuf ayat ke 108:-

Ù‚ُÙ„ۡ Ù‡َÙ€ٰØ°ِÙ‡ِÛ¦ سَبِيلِÙ‰ٓ Ø£َدۡعُÙˆٓاْ Ø¥ِÙ„َÙ‰ ٱللَّÙ‡ِ‌ۚ عَÙ„َÙ‰ٰ بَصِيرَØ©ٍ Ø£َÙ†َا۟ ÙˆَÙ…َÙ†ِ ٱتَّبَعَÙ†ِÙ‰‌ۖ ÙˆَسُبۡØ­َÙ€ٰÙ†َ ٱللَّÙ‡ِ ÙˆَÙ…َØ¢ Ø£َÙ†َا۟ Ù…ِÙ†َ ٱلۡÙ…ُØ´ۡرِÙƒِينَ

>Mafhumnya;
"Katakanlah hai Muhammad ini jalanku, aku menyeru manusia kepada Allah atas pandangan kepada aku( Muhammad) dan mereka-mereka yang mengikutku. Maha suci Allah dari apa yang dipersekutukan kepadaNya"

Jelas di sini bahawa mengikut al-Quran dan hadis sahaja tidak mencukupi malah menyesatkan kerana kita bukanlah ahli dalam menafsir atau mentakwilkan ayat-ayat Allah dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w kerana jahil bahasa arab. Malah sudah muafakat (Ijmak) para Ulama bahawa orang yang ahli pada bab Tauhid dan Akidah adalah Abu Hassan as-Syaari dan Abu Mansur al-Maturidi manakala pada bab Fiqh adalah Shafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Pada bab akhlak ahlinya adalah al-Ghazali, Junaid al-Baghdadi, al-Kusyairi, al-Syaqrani dan ulama-ulama muktabar sealiran mereka. Pada bab Taqarrub (mendekatkan) diri kepada Allah kita sudah muafakat sama ada Abu Hassan as-Syazili, Ahmad Khabir ar-Rifai, Ahmad Badawi, Abi Madyan al-Maghribi, Ahmad Khasasi al-Madani dan ketua bagi keseluruhan atau murabbi pada kurun khalaf ini ialah Sultan Aulia Muhyiddin Abdul Qadir al-Jilani.

"Imam Shafie pernah berkata, jika kamu menjumpai dalil yang lebih kuat itulah mazhabku", merupakan satu kata-kata biasa sebagai dalil mereka untuk terus menipu namun bagi orang yang kurang kepetahan ;dan mantik bagi mematahkan dalil ini akan terus terdiam dan tunduk lalu mengikut mereka. ketahuilah bahawa Imamuna Shafie sudah ada Mujtahid Tarjih iaitu orang yang bertanggungjawab dalam mendokong dan menghurai isi kandungan mazhab tersebut iaitu Imam Nawawi, Imam Ibnu Hajar Haitaimi, Imam Ramli Kabir dan Imam Rifaie. Ikutlah mana Mujtahid Tarjih tersebut tanpa perlu berbahas semula.

Sekian sahaja bagi penulisan dan perkongsian ana di sini pada kali ini dan sebarang pertanyaan dan soalan lanjut silalah tanya di ruangan komen kerana isu Wahabi ini cukup popular sekarang dan menjadi buah mulut di mana-mana.

5 ulasan:

  1. "Penulisan ini berdasarkan
    1. pengalaman ana berhadapan dengan puak-puak Wahabi ini melalui perbincangan yang berlaku di alam siber ini. Selain itu
    2. bimbingan guru-guru ana juga menjadi satu pegangan dan panduan dalam penulisan ini."

    ..cuma dua perkara ini yg menjadi rujukan,kmdian terus enta terburu2 menuduh mereka sbg sesat.

    1. al-Quran dan hadis sahaja menjadi pegangan mereka dalam membuat sebarang dalil dan mereka menolak Ijmak Ulama dan Qias serta rukyah ulama.
    --->ini adalah tuduhan plsu yg pertama. Mereka x pernah tolak IJMA ULAMA dan QIYAS..ini adalah perkara yg mustahil berlaku kerana ulama x pernah berijma' melainkan pd pkara2 yg ada dalil2 yg qat'i @ dgn kata lain,pkara ijma ni teramatlah sikit. tolak QIYAS??tuduhan yg sgt plsu lg melulu..istighfar lah enta..

    2. Kesemua mereka mendakwa mereka adalah salafus soleh (golongan 500 tahun awal Hijrah) dan menolak ijtihad ulama seperti Imam Shafie dalam bab Fiqh terutama di Nusantara.
    --->ini tuduhan plsu kedua..mereka x dkwa diri mereka sbg salafus soleh..cuma mereka namakan diri mereka sbg salafiah dr aspek aqidah dan fiqh..dr sudut AQIDAH,mereka x mentajsimkan Allah;mereka hya menerima ayt2 mutasyabihat secara mutlaq (bukan secara zahir), tnpa berkehendak kpd tfsir..inilah aqidah salafus soleh dlm memahami nas2 mutasyabihat.dr sudut FIQH,mereka x tolak ijtihad syafi'i..tp mereka berlapang dada dgn keempat2 mzhb fiqh..mereka menilai keempat2 mzhb fiqh dan pilih yg paling tepat (misalnya, dr sudut tingkatan hadis)

    BalasPadam
  2. 3. Wujudlah perkara-perkara seperti tiada Qunut dalam subuh, tiada tahlil arwah dan sebagainya kemudian membidaahkan mereka yang membuat perkara-perkara tersebut.
    --->QUNUT hya dihukum sbg SUNAT d cc mzhb syafi'i & maliki. Adakah ini bererti mzhb HANAFI & HANBALI juga whbi?
    --->tahlil juga dilarang d dlm kitab Umm dan kitab2 mzhb syafi'i yg lain. Tp,sy x setuju jika ianya dihukum sbg sesat..walaupun amalan ini x didasari oleh hadis yg sohih

    3. Menghina Imam-Imam Muktabar adalah satu perkara biasa di mulut mereka dengan mengatakan Sheikh Jaafar Barzanji sebagai sesat dan Imam Ghazali menggunakan Hadis dhaif dalam penulisan kitab Ihya Ulumuddin.---ini sy x tahu. Tp,mmg diketahui yg terdapat hadis2 dhaif dlm kitab ihya ulumuddin..

    4. Satu kebiasaan bagi mereka mengatakan ayat ini "Imam Shafie pernah berkata, jika kamu menjumpai dalil yang lebih kuat itulah mazhabku".--->ya,mmg ini kata2 imam syafi'i..dan x ada satu imam mzhb pun yg suruh kita follow mzhb dia 100%..ini yg saya tw..betulkn saya kalau saya slh

    5. Mengubah isi kitab ulama-ulama Muktabar kemudiannya mengatakan bahawa iktikad mereka adalah seperti ulama sekian dan sekian seperti berlaku kepada Imam Abu Hassan as-Syaari apabila kitab Ibanahnya dirombak dan dipinda sesuka hati.--->ini tuduhan yg melampau ya akhi..selagi x ada bukti,bukan akhlaq ASWJ menuduh sesuka hati dan semberono..sertakan bukti

    BalasPadam
  3. 7. Bagi yang lebih ekstrem mereka sanggup mentakwil ayat-ayat mutasyabihah dengan mengatakan Allah berjisim dan mengatakan Allah bersemayam di atas arasy seperti mana Imam Duduk atas Mimbar.--->ini mgkin ada;kerana mereka x fhm..tp mcm yg enta kata, "Bagi yang lebih ekstrem"..mknanya,hya sbhgn..bukan suma. d cc whbi,mereka x tajsimkan Allah

    8. Dan Banyak lagi ciri-ciri yang boleh dikenal pasti wujud kepada golongan Wahabi ini yang mana Akidah, Syariat dan Akhlak mereka sesat lagi menyesatkan.--->astaghfirullah al-'Aziim...istighfar ya akhi

    ya akhi kiram..ana tw,niat enta mulia.tp enta terlalu gopoh. sbg seorang yg adil,enta seharusnya mendengar dari kedua2 belah pihak,bermuzakarah,kmdian barulah mbuat ksimpulan.

    jika mereka salah,tegur..bukan terus menghukum sbg sesat.

    tyalah para ulama yg dikategorikan sbg whbi @ salafi..bukan tya org bwhn yg kefahamannya tntg whbi x jelas. Kalu stkt kwn2 online tu,apa lah yg diorang tw sgt

    rujuk drpd sumber yg asal. Bacalah kitab2 krya muhammad bin abdul wahhab, ibnu taimiyyah dan ibnul qayyim..kmdian,barulah enta berhak utk menilai

    jgn bertaqlid buat pd suma perkara..bhya enta.
    hndaklah enta ingat bhwa tok2 guru enta bukanlah Nb..mereka x dpt whyu. Maka, kata2 mereka seharusnya dinilai sblum disebarkan pd khalayak ramai..khususnya dlm mnuduh mana2 firqah islam sbg sesat

    Kalu slh tuduhan enta (mmg byk yg salah),bsdialah enta dgn pengadilan Allah di pdg Mahsyar

    walLahu a'lam

    BalasPadam
  4. Mai sini la ibnu ahmad kecik oii.. kita lawan bertumbuk... klu enta benar enta menang..... lg satu.. enta kata mahsyar tempat pengadilan tu slh.. mahsyar tu tmpt berkumpul... pengadilan namanya mizan.. bg faham betui2.. lg satu sila hubung dengan ana klu x sayang dgn tengkuk tu.. ana jenis nk tentu menang ni dgn karamah dan maunah ja.. x layan bahas panjang2..

    BalasPadam
  5. alhamdullilah penjelasan ustaz yg tepat skali

    BalasPadam