Isnin, 11 Oktober 2010

HARI-HARI ALLAH DAN UMUR DUNIA

Assalamualaikum w.b.t.

Pada suatu hari ana melawat page IluvIslam dan di sana ada perbincangan yang hangat. Seorang muslimah bagi ana cukup berani dalam membuat kontroversi. Tajuk Dunia Akhir Zaman tersebut membongkar kepalsuan sejarah yang kita pelajari dalam silibus sejarah sekolah-sekolah Malaysia. Teori daripada Charles Darwin iaitu saintis Evolusi terkenal amat bercanggah daripada al-Quran dan sirah nabi-nabi. kewujudan zaman-zaman seperti Paleolitik, Neolitik dan sebagainya di mana digambarkan manusia memakai cawat dan hidup dalam gua. Ilmu dan sains masih belum dipelajari oleh sesiapa. Jika mengikut akal logik manusia ISLAM tiada siapa sanggup meletakkan Khalifah Pertama iaitu Adam a.s sebagai seorang yang memakai cawat dan hidup dalam gua tanpa ilmu pengetahuan sedangkan Baginda nabi lagi rasul.

Tak dinafikan ana juga pernah tertipu dengan sejarah palsu ciptaan penjajah tersebut apabila mendapat A dalam matapelajaran sejarah ketika menuntut di peringkat menengah tetapi apabila hidayah petunjuk membongkar segalanya ana tertunduk dan mengaku salah kepada Allah. Ya Allah aku hambaMu yang bodoh dan tidak tahu apa-apa tanpa ilmu-ilmu yang dikurniakan kau kepadaku.

Jika dikaji sirah-sirah rasul sejak Adam a.s sehingga Rasul kita iaitu Saiyyidul Ulul Azmi Muhammad s.a.w. maka kita akan dapati jarak masa mereka tidak sampai 10000 tahun apatah lagi 100000 tahun sepertimana dimasyhurkan dalam buku sejarah iaitu ketamadunan manusia zaman Paleolitik.

Jika diteliti secara halus kita akan dapati jarak masa Adam a.s kepada anaknya iaitu nabi lagi rasul yang pada bilangan 313 iaitu syish a.s adalah 1000 tahun sahaja. kemudian dari nabi Allah Syish a.s kepada Nabi Allah Nuh a.s ialah 1000 tahun. dari Nabi Nuh kepada Ibarahim Khalilullah pula 1000 tahun. Diteruskan dari Nabi Ibarahim a.s kepada Musa Kalimullah 1000 tahun dan kemudian 1000 tahun dari Musa a.s kepada Isa Ruhullah. Maka zaman Isa kepada Muhammad s.a.w. adalah 500 tahun dan digelar zaman fitrah iaitu zaman manusia tanpa dosa kerana ketiadaan rasul. Kemudian Muhammad s.a.w sehingga sekarang adalah 1431 tahun berdasarkan tahun Hijrah Nabi s.a.w.

Di dalam Surah Ibrahim ayat kelima jelas Allah berfirman.
وَذَڪِّرۡهُم بِأَيَّٮٰمِ ٱللَّهِ‌ۚ
"Ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah"

Apakah hari-hari Allah tersebut. Maka dikata ulama dalam kitab-kitab muktabar hari pertama dinamakan hari Lahut iaitu zaman di mana kita di alam Ruh dan berada di Syurga sebelum kejadian lembaga Adam a.s. Kemudian dinamakan Hari Jabarut iaitu hari kita ditempatkan di solbi Adam a.s. kemudian hari Malakut di mana kita berpindah dari solbi si ayah ke Rahim si ibu. hari keempat ialah hari Mulki hari di mana kita berada di zaman Fitrah iaitu sehari hingga 9 tahun bagi perempuan atau datang tanda baligh dan sehari sehingga 15 tahun bagi lelaki atau datang tanda baligh. Hari Nasut adalah selepas hari Mulki iaitu ketika mana kita dikhitab atau difardhukan dengan agama dan hari ini dinamakan alam ujian sehingga kita tua atau nyanyuk serta sampai ajal. Kemudian kita berpindah ke hari barzakh di alam kubur sebelum berpindah ke hari Akhirat tempat dihitung segala amalan di Hari Nasut. Maka ketahuilah hari-hari Allah itu ada tujuh bilangannya iaitu LAHUT, JABARUT, MALAKUT, MULKI, NASUT, BARZAKH DAN AKHIRAT. Bersamaan dengan tujuh hari iaitu AHAD, ISNIN, SELASA, RABU, KHAMIS, JUMAAT DAN SABTU. Firman Allah;

ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَيۡنَهُمَا فِى سِتَّةِ أَيَّامٍ۬ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ‌ۖ
Mafhumnya;
"Allah yang menjadikan langit dan bumi dan di antara keduanya dalam enam hari kemudia pada hari ketujuhnya bersemayam Allah di atas Arasy."
Kemudian Firman Allah lagi dalam surah al-Hajj ayat ke 47 menyatakan nisbah bilangan dunia berbanding akhirat, iaitu 1000 tahun dunia di sisi manusia adalah 1 hari bagi Allah.

وَإِنَّ يَوۡمًا عِندَ رَبِّكَ كَأَلۡفِ سَنَةٍ۬ مِّمَّا تَعُدُّونَ

Mafhumnya.
"sesungguhnya satu hari di sisi Allah adalah menyamai 1000 tahun dari apa yang kamu hitung."

Jadi tidak perlu diperbahaskan lagi mengenai UMUR DUNIA. Allah tidak memberi al-Quran kepada orang-orang bodoh membacanya kerana tiada faedah bagi mereka. Jelas menunjukkan umur dunia bagi manusia memerintah hanyalah 7000 tahun dan bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan kenyataan ini boleh bersemuka dengan ana sendiri kerana hal ini amat biasa bagi mereka yang ada bimbingan Mursyid dan Murabbi di dunia dan akhirat dan amat aneh bagi mereka yang syaitan menjadi guru. Wassalamu alaikum.




5 ulasan:

  1. Usia dunia sangatlah tua, lebih tua dari Adam a.s.

    Byk spesi khalifah telah dicipta dan diberi nama 'manusia' tetapi semuanya tidak sempurna dan 'fail' sehinggalah spesi kita dilantik.

    Usia manusia spesi Adam memerintah adalah sebagaimana enta sebutkan

    BalasPadam
  2. assalamulaikum,
    pohon perjelaskan:

    apa buktinya yg ada spesis lain yang telah dicipta dan diberi nama manusia?

    jadi nasab manusia boleh diberikan kepada haiwan yg juga di kurnia rahmat akal?

    BalasPadam
  3. Menurut beberapa buah kitab umur dunia ialah 77 juta 77 ribu tahun. zaman malaikat sbgai khalifah adalah 70 juta tahun. Binatang pula selama 7 juta tahun manakala jin 70 ribu tahun. jadi zaman manusia hanya 7000 tahun.

    BalasPadam
  4. kirany umo dunia utk manusia memerintah tgl 69taun lg laaa scra kasar gitu?

    BalasPadam
  5. dunia ni anya smentara je....
    tkotnyeeeee..........

    BalasPadam