Selasa, 12 Oktober 2010

KAUM YANG SESAT LAGI MENYESATKAN

Assalamualaikum w.b.t.

Pada kesempatan kali ini ana ingin mengambil masa menghurai seba sedikit mengenai KAUM YANG SESAT LAGI MENYESATKAN kerana hal ini boleh dijadikan bimbingan dan panduan kepada para sahabat dan saudara di luar sana dalam menjalani hidup kehidupan beribadah kepada Allah dengan Yakin walaupun terpaksa mengharungi lautan kesesatan dan kegelapan yang semakin berleluasa masa kini.

Sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya;

" Umatku akan berpecah sehingga menjadi 73 puak, hanya 1 puak yang terselamat, manakala yang lain semuanya binasa". Sewaktu ditanya "Siapakah yang terselamat itu?" Baginda menjawab "Itulah Ahlus Sunnah Wal Jamaah" ditanya lagi " APakah Ahlus Sunnah Wal Jamaah itu?" Baginda bersabda " Perjalanan hari ini dan para sahabatku".

Kita sebagai orang awam tertanya-tanya siapakah 72 puak yang tersesat itu. Adakah kita termasuk di dalam salah satu puak yang tersesat itu? Untuk lebih berwaspada supaya kita tidak termasuk dalam puak-puak yang tersesat, berikut dibentangkan serba ringkas seperti mana yang telah dijelaskan oleh Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fatani dalam Dhiya-ul Murid.

Pada kali ini cukup sekadar diperkenalkan kepada pembaca akan kaum RAFIDHIYAH iaitu dua belas puak. Kesesatan puak-puak ini dalam bab akidah berlaku kerana pegangan dan kepercayaan mereka jelas bercanggah sama sekali dari pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah walaupun mereka masih mengaku bahawa mereka masih dalam kalangan orang-orang Islam. Antara pegangan mereka ialah:-
  1. Mereka beriktikad(percaya) bahawa Saiyidina Ali k.w.h turun dari langit pada suatu hari nanti dengan rupa awan ketuhanan lalu berupa dengan seorang manusia, maka beliau akan melakukan beberapa pekerjaan yang dibangsakan kepada sifat ketuhanan. Setelah itu beliau akan naik semula ke langit.
  2. Mereka juga berpegang bahawa Malaikat Jibril telah tersalah memberi wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w., sedangkan sebenarnya wahyu tersebut adalah untuk saiyidina Ali k.w.h.
  3. Mereka juga percaya bahawa Nabi Muhammad s.a.w dan Saiyidina Ali k.w.h bekerjasama dan bergabung dalam pekerjaan kenabian.
  4. Mereka juga mendakwa bahawa jawatan khalifah itu hanya khusus kepada Saiyidina Ali k.w.h sahaja. Oleh itu Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Umar dan Saiyidina Osman sentiasa berada dalam kafir kerana menerima dan menjawat jawatan khalifah Rasulullah s.a.w. Mereka juga mengeji dan menyumpah sahabat-sahabat agung Rasulullah dan sahabat- sahabat lain yang tiada seketurunan atau sebangsa dengan Ali k.w.h.
  5. Mereka percaya setelah roh keluar daripada seseorang anak Adam(mati), maka roh orang yang mati itu akan masuk pula ke dalam jasad orang lain atau serupa.
  6. Mereka juga mendakwa Saiyidina Ali k.w.h akan kembali hidup semula di akhir zaman sebelum hari kiamat. Beliau akan datang dan menghukum semua musuh-musuhnya, tempat beliau sekarang di awan. Bunyi guruh dan kilat itu adalah suara cemetinya.
  7. Mereka percaya bahawa kadang-kadang Zat Allah s.w.t. akan zahir dalam rupa bentuk manusia, maka ketika itu dinamakan zat tersebut sebagai Nabi atau Imam. Lalu mengajak manusia kepada agama Islam yang lurus.
Jika Zat Allah tidak zahir secara demikian sudah tentu semua manusia akan tersesat. Mereka juga percaya bahawa zat Allah itu boleh menjelma dan masuk ke dalam sesuatu lalu sebati dengan benda tersebut.

Kaum Rafidhiyah ini juga dikenali dengan nama Syiah dan amat taasub dengan saiyidina Ali k.w.h. Kaum Syiah berpusat di Iran dan menurut pendapat mereka mengamalkan syiah Imamiyah yang mempercayai kepada 12 Imam-imam mereka. wallahu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan