Sabtu, 29 Januari 2011

Muslimah, Peranan dan Tanggungjawab

بِسمِ ٱللهِ ٱلرَّحمَـنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t.

Pada kesempatan kali ini insyaAllah ana suka berkongsi dengan sahabat-sahabat satu tajuk yang tidak asing lagi dalam kalangan kita yang semakin meningkat dewasa. Tajuk ini dipilih bagi memberi seribu satu penjelasan kepada mereka yang memerlukan dan tidak menimbulkan perbahasan semula jika berlapang dada menerima.

Sabda Nabi s.a.w. mafhumnya;

“ Tiada patut sekali-kali jika seorang manusia itu sujud ia bagi manusia lain, jikalau patut sujud itu bagi seorang manusia nescaya aku (Nabi Muhammad s.a.w.) suruh akan perempuan itu bahawa sujud ia akan suaminya.”

Hadis dari Abu Hurairah r.a.

Daripada Hadis di atas, amat jelas kedudukan dan ketinggian suami atas isterinya. Namun rata-rata hari ini kita lihat golongan Hawa semacam kehilangan punca dan meraba-raba mencari tempat berpaut. Firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat ke-13;

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬

Mafhumnya;

“Wahai manusia, sesungguhnya kami jadikan kamu semua dari kalangan lelaki dan perempuan dan kami menjadikan kamu bersuku-suku puak dan bangsa supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah yang lebih takwanya. Sesungguhnya Dialah Allah yang Maha mengetahui dan Maha Dalam PengetahuanNya.”

Menurut ayat di atas jelaslah kejadian Adam dan Hawa serta perbezaan atau khilaf yang terdapat dalam kejadian manusia merupakan satu rahmat (Kasih Sayang) Allah kepada hambaNya. Jika seseorang hamba itu dapat Taaruf (mengenali) sesama manusia lain mengikut kehendak Allah pasti banyak manfaat yang bakal diperolehi kelak.

Kemudian Allah berfirman lagi bagi menguatkan hubungan manusia sesama manusia dengan sepotong ayat ke-2 dalam surah al-Maedah;

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ

Mafhumnya;

“ Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebajikan dan Takwa dan Jangan kamu Kompromi dalam dosa dan permusuhan.”

Permasalahan yang timbul mengenai hubungan atau persahabatan di antara lelaki dan perempuan bukan muhrim diselesaikan dengan dua ayat tersebut. Cuba kita selongkar kisah-kisah terdahulu. Syeikh Hasan al-Basri merupakan sahabat kepada Saiyidatuna Rabiah Adawiyah, namun persahabatan mereka berkisar kepada tolong-menolong dalam kebajikan dan Takwa dan terbina sempadan dalam dosa dan permusuhan. Ayat di atas dikemukakan bukanlah sebagai penerangan kepada hadis tetapi memperjelaskan betapa pentingnya lelaki(Rijal) dalam kehidupan muslimah. Lelaki pertama yang dijadikan Allah ialah Adam a.s. manakala perempuan pertama dijadikan Allah ialah ibu manusia Siti Hawa dari rusuk kiri Adam a.s. Maka menjadi suatu yang maklum “Ashabul Yamin” (Pihak Kanan) sebagai mereka yang mendapat nikmat manakala “Ashabush Syimal” (Pihak Kiri) mereka yang mendapat Azab. Dan diketahui bahawa Adam (Lelaki) mempunyai 9 Akal 1 Nafsu manakala Hawa (Perempuan) 1 Akal 9 Nafsu. Dari situ kita dapat mengambil kesimpulan, di sisi Allah mereka yang bermujahadah (melatih) diri melakukan taat dan meninggalkan maksiat kemudian ada bimbingan murabbi namanya LELAKI (RIJAL), kerana berjaya menjadikan diri sebagai lelaki (9 Akal 1 Nafsu). Akal di sini bukan bermakna kecerdikan. Di sini kita dapat mengambil iktibar. Jika mahu dinilai sebagai lelaki (9 Akal 1 Nafsu) di sisi Allah, manusia lelaki dan perempuan wajib memainkan peranan masing-masing bagi menzahirkan patuh tunduk kepada Allah di tempat bernama Bumi.

Tugas muslimah menurut Hadis Nabi s.a.w. di atas adalah taat sepenuh taat kepada lelaki bernama suami. Malah hak suami ke atas isteri melebihi hak kedua ibubapa. Namun dewasa ini kita lihat perempuan rata-rata tampil berani memperjuangkan hak masing-masing sehingga tokoh ilmuan terpaksa akur dan senyap dalam menyatakan pendapat dan fatwa terutama bila melibatkan isu poligami. Kenapa boleh jadi sebegini sehingga timbul gejala suami takutkan isteri sedangkan hal itu amat dimurkai Allah. Isu poligami bagi lelaki tidak menjadi suatu yang seronok-suka. Bila kita mengimbau kisah Firaun dan Isterinya Asiah kita dapat lihat sikap lelaki. Asiah amat disayangi Firaun kerana Asiah adalah seorang manusia yang mujahadah diri menunaikan hak kepada suami. Firaun yang dikenali dengan kezaliman dan kekejaman tetap dilayan sempurna oleh Asiah. Tidak mengeluh melayan suaminya yang ditakdirkan Allah. Malah Firaun mengikut riwayat tidak gemar kepada perempuan lain kecuali Asiah. Itulah penangan seorang isteri kepada suami jika kena layanan dan ketaatan. Jika kita lihat junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w., baginda tidak berpoligami ketika bersama Siti Khadijah, malah ketika bersama Aishah isteri muda belia, baginda masih memuji Khadijah. Sepertimana maklum, Khadijah memberi zuriat kepada Nabi s.a.w. manakala Aishah tidak dapat memberi zuriat. Pelaburan Khadijah dalam perjuangan juga sukar dicari ganti. Kita lihat pula kepada Nabi Ibrahim Khalilullah a.s. Baginda menikahi Siti Sarah dan tidak dikurniakan zuriat barulah baginda menikahi Siti Hajar dan dikurniakan Nabi Ismail a.s. kemudian daripada itu barulah lahir Nabi Ishak a.s. dari zuriat Siti Sarah. Pengorbanan Siti Hajar apabila ditinggal di Makkah tempat kering kontang seharusnya jadi azimat kesabaran bagi muslimah. Jika dinilai melalui akal pemikiran ( Timbangan) nabi Ibrahim tidak berlaku adil dalam rumah tangga. Namun Redha Hajar kepada suaminya membuatkan Siti Hajar sabar dan tabah menjalani ujian di bumi kering kontang.

Melalui teladan di atas, keadilan dalam rumah tangga bukan secara mutlak terletak ke atas suami sahaja. Namun peranan dimainkan isteri amatlah besar dalam mengekalkan institusi rumah tangga tersebut.

Nasihat saya kepada sahabat muslimah “Jika tidak mahu dipoligami, jadilah seperti Asiah dan Khadijah. Jangan harapkan suami sebaik Muhammad s.a.w. jika sudah rasa diri semulia Asiah. Sedarlah Jodoh ditentukan Allah. Kehidupan abadi kita di syurga. Jika semulia Asiah dijodohkan dengan Firaun. Siapakah kita nak mempertikaikan ketentuanNya.”

Wassalam...

4 ulasan:

  1. setuju dgn apa yg awk tulis ni. mmg jodoh ketentuan Allah. tp laki2 cubalah tanam sifat bersyukur dgn yg satu, bak kata Dr Farhan Hadi.

    BalasPadam
  2. laki mmg cukup dgn satu. Tp pmpn kena jadikan lelaki yg dijodohkan tu sebagai raja. klu suami balik pon masam muka.. hurmm alamat tambah lagi la.. so kita laksanakan kerja masing2.. klu suami x memahami? suka mendera? pmpn kena pandai la jadi macam Asiah. InsyaAllah jd elok jg.. SY SOKONG POLIGAMI sbb hukum Allah. Tp sy x kata sy mesti poligami.

    BalasPadam
  3. syukran jazilan ya syeikh...semoga Allah menjodohkan anta dan anta dgn pilihan Allah yg terbaik buat diri masing2...x perlu kita risau,kerana ajal dan maut,jodoh n rezeki telah ditetapkan oleh Allah buat kita...sabar dan redha hadapi ketentuanNya...wAllahu'alam

    BalasPadam
  4. akif sy nak share di facebook yea.

    BalasPadam