Sabtu, 9 April 2011

Adam Hawa

Assalamualaikum w.b.t.

Pada kali ini ana memilih tajuk yang sinonim dengan kita, iaitu nama datuk dan nenek sekalian manusia. Sebelum meneruskan bacaan ana mendoakan kesejahteraan sahabat-sahabat semua dengan diberikan kesihatan dan rezeki melimpah ruah insyaAllah. Tajuk ini dipilih setelah bertanya kepada sahabat ana, mungkin kerana fikiran ana buntu dengan isu-isu semasa remaja. Kata beliau, "Cuba selidik sejarah, bagaimana lelaki boleh berkawan dengan perempuan tanpa ada batas-batas pergaulan". Dari kata-kata beliau ana memutuskan menulis "post" ini bermula dari permulaan segala sejarah iaitu ADAM dan HAWA sehingga sampai kepada kita.

Mungkin semua sudah tahu asal kejadian Adam tersebut dari tanah dan asal kejadian Hawa dari rusuk kiri Adam iaitu sisi kiri Adam a.s. setelah baginda meminta kepada Allah dikurniakan seorang peneman kepada Baginda di Syurga. Allah dengan QudrahNya menjadikan Hawa kepada Adam sebagai peneman. Bermula dari situ Adam dan Hawa tidak boleh berpisah. Adam perlukan Hawa sebagai peneman dan Hawa perlukan Adam sebagai pembimbing dan perlindungan. Jika diukur kecantikan Hawa kepada Adam tersebut sahabat semua boleh lihat kuku yang masih tinggal kepada kita. Itulah rupa kulit Hawa betapa cantik dan indahnya rupa yang Allah kurnia.

Ringkaskan cerita, Adam dan Hawa ditendang dari Syurga akibat termakan Hasutan AZAZIL (nama bagi Iblis) supaya memakan Buah KHULDI. Adam terdampar di Serindib(kata Kitab) iaitu di Sri Lanka manakala Hawa di Jeddah (Arab Saudi). Pada waktu dan ketika itu Adam tidak langsung terus mencari Hawa kerana tidak mahu ditipu kali kedua. Cukuplah sekali sahaja Azazil berjaya memperdaya baginda. Adam a.s menangis menyesali perbuatan memakan Khuldi itu selama 300 tahun sehingga bumi Sri Lanka dan India jadi Bumi Rempah Ratus kerana mengalirnya air mata Adam a.s. sehingga menjadi subur. menurut kitab "Kasyful Ghaibiah" jasad Adam a.s. adalah setinggi 60 hasta dan lebar 7 hasta Hasyimi. Begitulah saiz manusia beriman apabila dibangkitkan kelak dalam Syurga.

Balik kepada topik asal, Adam(lelaki) tidak terburu-buru mencari Hawa(perempuan) setelah diturunkan di tempat yang rendah iaitu bumi, melainkan Adam a.s. mencari satu kaedah atau formula bagi memperolehi kehidupan bahagia sehingga sampai ajal. Pertama Adam mengaku salah, walaupun nabi-nabi tidak pernah melakukan kesalahan namun sebagai formula manusia nabi Muhammad s.a.w. juga bertaubat dan mengaku salah sehingga 70 kali sehari mengikut riwayat walaupun baginda MAKSUM daripada dosa. Kedua, Semak selidik diri. Sebelum melakukan sesuatu anak keturunan Adam a.s. wajib menyemak diri sendiri dan menyelidiki adakah perbuatan atau diri manusia itu di bawah pengaruh Azazil iaitu musuh manusia yang nyata. Ketiga menyesali dahulu setiap perbuatan, kerana dengan menyesal manusia tidak akan berada dalam keadaan rugi seperti pepatah Melayu "sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya". Keempat Segera bertaubat, taubat merupakan satu bentuk Allah s.w.t mempamerkan lautan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya. Taubat juga merupakan suatu kaedah manusia belajar dari kesilapan yang lalu dan kesilapan itu Allah ubah menjadi kebaikan yang kekal melalui proses pembelajaran tersebut. Kelima, Tidak Putus Asa Rahmat Allah, kerana lautan kasih sayang rahmat Allah itu Maha Luas sehinggakan seorang pelacur yang bertaubat kepada Allah masih boleh melahirkan zuriat yang menjadi Wali (setengah riwayat menjadi nabi) dari rahim yang pada asalnya begitu jijik.

Kemudian tugas Adam a.s. ini diteruskan oleh Nabi Idris a.s. dan masih berjalan dengan sempurna. Apabila lelaki pembimbing iaitu Idris a.s. diangkat ke Syurga maka mulalah manusia meraba-raba kemudian Mahlil seorang nabi yang soleh dan kacak rupanya dibuat patung lalu disembah. Apabila sampai kepada Nuh, pada ketika ini kaum Hawa mengkhianati kaum Adam. Isteri Nuh a.s. tidak beriman kepada Allah maka Allah s.w.t menegur Nuh a.s. yang masih sayang kepada isterinya dengan berkata "Hidayah itu milik mutlak Allah dan diberikan kepada mereka-mereka yang mahu sahaja". Lalu Nuh a.s dengan rela dan redha meninggalkan isterinya tenggelam bersama kaum derhaka. Kali pertama kaum Hawa mengkhianati kaum Adam angkara hasutan Iblis laknatullah. Manusia-manusia Nubuwwah(nabi) terus membimbing kaum Hawa sehingga ramai diangkat menjadi Wali (pangkat tertinggi seorang Hawa di sisi Allah) seperti Hajar dan Sarah dilatih Ibrahim a.s., Asiah dilatih Musa a.s., Maryam dibimbing Zakaria a.s., Khadijah dan Fatimah dilatih Rasulullah sehingga jadi kuat dan kental jiwa srikandi Islam tersebut. Tugas Nubuwwah(nabi) melatih kaum Adam dan Hawa tamat, dan disambung Wilayah(wali) yang Warasah(pewaris) membimbing anak-anak Adam. Bermula Hasan Basri membimbing Rabiah Adawiyyah sehingga Makam(kedudukan) Rabiah Adawiyyah lebih tinggi dari Hasan al-Basri. Tugas ini disambung dan terus disambung sehingga akhir zaman InsyaAllah.

Amanah mula dikhianati oleh anak cucu Adam dan Hawa apabila kerja-kerja mendidik ini tidak diwarisi. Ilmu-ilmu diambil dan dicedok terus dari kitab-kitab. Penjajah mengubah silibus Allah dan mengajar silibus Orientalis. Akidah kebanyakkannya dibuang dan sedikit sahaja yang ditinggal, Syariat dilacur dari sistem kehakiman hingga pentadbiran. Pada sangkaan manusia syariat hanya perlu dalam bab Nikah kahwin dan ibadah sahaja. Akhlak dibuang hampir keseluruhan dan hanya tinggal yang ringan-ringan sahaja. Perbahasan dibiarkan berleluasa sehingga orang jahil bijak mengeluarkan fatwa.

Tanda-tanda penghujung zaman kian jelas terpampang, cuma yang tinggal manusia yang kebanyakkannya tidak lagi dibimbing oleh cahaya Wilayah dan Nubuwwah. Meraba-raba dalam gelap mahupun cerah.

Adam itu pembimbing Hawa,
Selagi diguna formula manusia,
Azazil itu musuh yang nyata,
setiap kata semuanya dusta.




4 ulasan:

  1. tahniah diatas penulisan adam hawa,moga ianya dpt menjadi panduan dan renungan kt bersama...ana ada 1 persoalan,blh tak saudara jailani jelaskan apakah yg dmaksudkan dgn ...mursyid madah ma'ani...

    BalasPadam
  2. Mursyid membawa maksud penunjuk dalam makna lain pembimbing..manakala Murabbi itu pentarbiah atau pendidik mengikut acuan Allah..mursyid madah maa'ni ni penunjuk jalan atau pembimbing yang seumpama kasturi.. kasturi yg apabila gula batu bersama kasturi tersebut dalam tempoh masa tertentu maka gula batu itu boleh jd kasturi..Guru mursyid yg boleh membimbing kita sehingga kita jadi seumpamanya atau lebih tinggi..wallahua'lam

    BalasPadam
  3. slm,tq atas penjelasan s.jilani...moga kt tergolong antara mereka yg mendapat bimbingan mursyid madah ma'ani...amin

    BalasPadam
  4. alhamdulilah.. dan terima kasih.. cuma ana ingin bertanya macam mana manusia ingin melawan nafsu, yang allah sesaknya selama beratus-ratus tahun dalam neraka baru nafsu ingin mengaku bahawa tuhannya allah.. sedangkan kita adalah manusia yang lemah.. ana mohon pandangan..

    BalasPadam