Sabtu, 31 Julai 2010

REMAJA DAN MASJID

Assalamualaikum w.b.t.

Pada malam jumaat yang lepas ana ada menonton rancangan realiti TV Imam Muda. Tidak dinafikan rancangan tersebut memang menarik dan mampu memberikan variasi baru kepada program-program yang ada di kaca TV darsawarsa kini. Ana bukan lah penggemar kepada rancangan TV sebelum ini namun Imam Muda menarik minat ana apatah lagi Hizburrahman Omar zuhdi merupakan kenalan kampung ana dan berkawan sejak kecil. Ana hanya sempat menonton episod pertama dan terakhir. Bak kata pepatah "jika tiada mula tiada akhirnya".

Ana begitu tertarik dengan soalan mudir kepada dua finalis Imam Muda. Bagaimanakah bakal Imam Muda Terunggul akan lakukan bagi mendekatkan golongan remaja ke masjid. Maka kedua-dua Imam Muda memberikan jawapan berdasarkan pengalaman masing-masing.

Jika soalan itu ditujukan kepada ana yang cetek ilmu agamanya dibandingkan kedua-dua finalis yang masuk bertanding. Ana hanya mampu meniru kata-kata guru ana sahaja tanpa mampu menjana pemikiran sendiri yang bernas. Ana akan menjawab; " Hidayah itu milik Allah dan hatta Rasulullah tidak mampu mengislamkan bapa saudara kesayangannya".

Allah s.w.t. berfirman mafhumnya;

"Wahai orang-orang beriman, jika kamu menolong Allah pasti Allah menolong kamu dan menetapkan iman kamu"

Ramai pendakwah kini menafsirkan ayat tersebut sewenang-wenangnya tanpa kembali kepada kehendak asal ayat tersebut. Ada yang mengatakan Allah meminta kita sebagai orang-orang beriman menyebarkan agamaNya manakala ayat lain pula Allah menyatakan Hidayah dan petunjuk itu milik mutlakNya. Ada juga yang mengatakan bahawa kita perlu menolong Allah dalam menyabut seruan jihad di lain kejadian Allah memberi kemenangan kepada Mahmud Ghazni seorang diri dalam menawan India tanpa bantuan sesiapa.

Ketahuilah Allah itu Maha mengetahui tetapi ada satu benda yang tidak Allah ketahui. Apabila kenyataan Nasara mengatakan Allah ada Isteri dan Anak. Apabila Yahudi mengatakan Uzair itu Anak Allah. Ilmu Allah meliputi segalanya tetapi Allah tidak mengetahui bahawa Dia ada sekutu bagiNya kerana Allah berdiri dengan sendiri dan Terkaya Allah dari setiap sesuatu.

Pertolongan yang Allah seru itu bermaksud TANZIH (bersih) dari syirik dan dosa. Pada hari ke 120 kita berada di alam Mulki datang Malaikat meniupkan Ruh. Maka ketika itu Allah menentukan rezeki kepada kita namun kita menentukan halal dan haram. Allah menentukan ajal kita namun kita menentukan Husnul Khatimah atau sebaliknya. Allah menentukan kesudahan kita namun kita yang memilih syurga atau neraka. Allah memberi kudrat melakukan sesuatu kepada kita namun kita memilih sendiri melakukan amalan soleh atau kufur.

Pada satu ketika kita mengetahui bahawa Mekah merupakan padang pasir tandus kering kontang tanpa kehidupan. Selepas Nabi Allah Ibrahim mewakafkan tanah Haram Mekah dengan hati yang tulus tanpa ada sebesar zarah syirik kepada Allah maka ketika itu Allah membuka, memaling, menghadap hati-hati manusia berkunjung ke sana bagi melakukan haji.

Contoh terdekat bagi ana apabila mengimbau sejarah tertubuhnya Pondok Lanai kedah. Pada satu ketika dulu orang mempertikaikan Tuan Guru Haji Omar Zuhdi apabila beliau membuka pondok di kawasan 'Jin Bertendang' atau hutan belukar. Kata mereka tidak akan ada orang yang akan menuntut ilmu di situ kerana tidak strategik. Namun kehendak Allah sebaliknya apabila tujuan dan niat membuka pondok tersebut bersih dari syirik dan dosa. Pondok Lanai melahirkan ribuan murid rata-rata alim dalam bidang pengajian masing-masing dan pondok tersebut masih berdiri kukuh sehingga sekarang atas berkat Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Soleh, ayahanda kepada Finalis Imam Muda. Harapnya saudara Hizbur akan menuruti jejak ayahandanya. Amin.

Kesimpulan bagi menarik minat remaja ke masjid atau menghapuskan zionis dari muka bumi bukanlah sukar. Bangkitlah para pejuang agama hapuslah zionis (Syirik dan Dosa) dalam diri jangan tinggal sebesar zarah. Dari situ datanglah segera pertolongan Allah.

Sabtu, 24 Julai 2010

WALI, Siapakah mereka?

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat berjumpa lagi di ruang perbincangan dan perkongsian ilmu ini. Pada kali ini ana ingin membincangkan mengenai keWALIan dan siapakah mereka. Pada mulanya tajuk ini amat berat bagi ana kerana faham-faham lah sebagai manusia awam taraf keWALIan amat sukar dan terlalu jauh bagi ana. Namun digerakkan juga jari jemari bagi menyempurnakan amanah "sampaikan dariku walau satu ayat' maka ana gagahkan juga menulis serba ringkas mengenai keWALIan ini dan akan di sambung dari semasa ke semasa sehingga selesai sekadar kemampuan ana.

Ana begitu tertarik dengan kisah seorang wali Allah yang bernama Abdul Wahab Syaqrani. Bagaimana beliau diangkat menjadi wali dan siapa Guru Mursyidnya sehingga beliau menjadi wali. Ramai dalam kalangan kita mengatakan keWALIan ini dapat dicapai dengan penguasaan ilmu Syariat, thariqat dan hakikat. Dan ramai yang masih belum pon memahami apa sebenarnya yang dikatakan sebagai ilmu Syariat, Thariqat dan Hakikat tersebut. Maka pendapat orang awam selalunya mengatakan bahawaWALIan itu dicapai berdasarkan taraf ketinggian ilmu seseorang.

Kisahnya bermula begini. Sheikh Abdul Wahab Syaqrani terkenal sebagai seorang ulama Mujtahid pada zamannya dan mengajar di Masjidil haram yang dihadiri oleh ribuan murid. Pada satu hari beliau terdengar perbualan murid-muridnya mengenai seorang tukang susun kasut di Majlis pengajian beliau. Kata Murid-muridnya si tukang susun kasut yang bernama Ali Khawas itu tidak perlu melihat kepada muka pemberi kasut untuk disusun ketika menerima kasut-kasut mereka dan tidak perlu melihat kepada muka pemberi kasut ketika mengembalikan kasut-kasut mereka. Kejadian ini sungguh ajaib kerana berlaku di Majlis pengajian yang dihadiri ribuan manusia.

Pada satu hari, berjalanlah Sheikh Abdul Wahab Syaqrani melintasi Ali Khawas. Ketika itu keluarlah dari mulut Sheikh Abdul Wahab Syaqrani ;

لَا جَعَلَ اللُهُ وَلِيًّ جَاهِلًا

"Allah tidak menjadikan orang bodoh sebagai kekasihnya"

Maka jawab Ali Khawas dalam keadaan merendah dir;

جَعَلَ اللهُ لَهُ عَلَّمًا

"Jika berkehendak Allah melantik seseorang menjadi kekasihnya, diajarkan akan mereka ILMU"

Dan dari detik dan ketika itu berlarutanlah pendebatan antara mereka berdua selama beberapa hari. Sehinggalah tiba pada satu malam Jumaat, Sheikh Abdul Wahab Syaqrani seperti biasa pulang ke rumahnya selepas mengajar kuliah selepas isyak di Masjidil Haram. Apabila terpandang keayuan wajah isterinya maka naiklah syahwat sheikh tersebut. Puas dipujuk dan dirayu isterinya tetap tidak mahu melayan kehendak syahwatnya. Akibat terlalu tinggi keinginan si suami maka si isteri memberi syarat. Si suami menjadi keldai dan si isteri menunggang selama tujuh pusingan mengelilingi bilik tidur mereka. Akibat terlau letih Sheikh Abdul Wahab Syaqrani terlelap dan apabila terjaga beliau sudah terlepas dari sujud sajadah pada kebiasaanya di Masjidil Haram. Oleh kerana masa terlalu suntuk bagi memulakan majlis pengajian beliau maka dengan tergesa-gesa Sheikh Abdul Wahab Syaqrani bergegas ke Majidil Haram. Rutin dan kebiasaan Sheikh Abdul Wahab Syaqrani apabila terpandang Ali Khawas tetap diteruskan;

"Allah tak latik orang bodoh menjadi kekasih"
Jawab Ali Khawas:

"orang alim tak malu, sebab terlalu tinggi syahwat sanggup jadi keldai kepada isteri. Datang mengajar tak mandi hadas"

Terkejutlah Sheikh Abdul Wahab Syaqrani kerana tukang susun kasut jumut pada pandangannya dibuka mata hati oleh Allah mengetahui perkara-perkara tersembunyi. Dari saat itu bertaubatlah Sheikh Abdul Wahab Syaqrani pada ketika itu sudah menjadi ulama' terkenal hafal al-Quran dan Sunan Sittah melutut kepada seorang wali Allah si tukang susun kasut selama 40 hari bagi diterima menjadi murid.

Sheikh Abdul Wahab Syaqrani dilatih selama 40 hari oleh Ali Khawas dan selama 14 hari Ali Khawas melarang muridnya itu bersolat dan sebagainya cuma boleh menurut perintahnya sahaja yang mana kebanyakan perintahnya dianggap kotor dan haram oleh kebanyakan manusia awam. Selepas selesai latihan selama 40 hari Ali Khawas memaksa Sheikh Abdul Wahab Syaqrani menjual semua kitab dan hasil jualan disedekahkan kepada Fuqara'. Kemudian Sheikh Abdul Wahab Syaqrani diperintah mengajar seperti biasa tanpa kitab. Walaupun menolak Ali Khawas tetap mendesak dan ketika mula beliau hendak mengajar muncullah Rasulullah membimbingnya pada alam Rohani.

Maka terkenal ke seluruh murid-murid Sheikh Abdul Wahab Syaqrani keakraban dengan gurunya tersebut dan ketika wafat kedua-duanya dimakamkan sekali di mesir.

Pengajaran dari kisah ini. Kita sebagai manusia tidak mampu dan layak untuk mencampuri urusan ketuhanan dalam memilih siapa bakal kekasihnya. Sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah kita wajib ada Teguh cita-cita, Ikhtiar Usaha dan Rangkaian doa dalam setiap pekerjaan dan menyerahkan segala natijah atau keputusan kepada kebijaksanaan Allah jua.

Wassalam~~~


Isnin, 19 Julai 2010

RIAK ! KERJA SIAPA TENTUKANNYA?

Assalamualaikum!!

Idea ana dalam penulisan ini sebenarnya sudah lama. Namun akibat daripada kesibukan dan kerja-kerja lain membuatkan ana terlupa seketika. Alhamdulillah hari ini dalam satu diskusi Allah mengingatkan ana semula mengenai RIAK, KERJA SIAPA TENTUKAN?.

Diskusinya begini. Ayat mula dari ana;

"kaji dah.. tahu dah jenis tanah apa. waktu tingkatan 1 lg sy tahu. abg x tahu ke? kesian~~~
klu abg nk tahu jenis tanah apa. kena serah leher dl la.. atau lutut bertemu lutut.
bkn masalah sy tahu ke tidak.. kamu bg tahu dlm blog kamu api pon mereka xtahu guna. tambah nak buat IC haha.."


kemudian dijawab oleh si dia yang kedua;

"ttg serah leher xpela..leher sy pn da diserahkan kt tmpt sy..xperlu rsenyer sy nk g smpai tmpt saudara..nmpknye ade ciri2 keriakan dlm diri saudara pabila mngatakan ttg mengetahui jenis tnh itu,ssunguhnya riak itu adlh sifat2 terkeji..
jika saudara mngatakn begitu nmpknya saudara xbce habis o memahami tt penggunaan api itu..bce btol2"


Jawab ana pula;

"fuhhh!!! kerja Allah pon saudara nak ambik.. sy riak tu Allah yg tentukan. Bila nk capai makam iman tertinggi bila syirikkan Allah. biar Allah tentukan kerja Dia nk tentukan sy riak ke x.. tp mmg ulama dh cerita 7 tanah dunia 7 tanah akhirat yg Allah jadikan lembaga Adam. takabbara alal mutakabbirin sadaqatun.
"besar diri atas org besar diri sedekah"
sy sedekah kpd saudara td.. bkn dok riak pon
"

Berat juga tugas nan menerangkan kepada pembaca hal keadaan sebenar perkara ini. Namun saya gagahkan juga menulis dan menghuraikan sekadar ilmu Allah yang saya maklum. Bab pertama saya ingin berkongsi ciri-ciri orang beriman yang ditulis dalam kitab Manhalush Shafi Fi Rumuzi Ahli Shufi karangan Sheikh Daud Bin Abdullah al-Fathani;
1. Menjaga rahsia kehambaan dan keTUHANan
(iaitu tidak mencampuri urusan keTUHANan oleh seorang hamba dan maha suci Allah dari urusan keHAMBAan)
2. Menjaga barang di antaranya dan di antara Allah taala
(Ibadah, munakahah, jenayah dan muamalat)
3. Menanggung kesakitan sesama makhluk.
( Bersikap tolong-menolong menyelesaikan masalah makhluk)
4. Merai bersalah salahan akal sesama makhluk.
(bersikap toleransi yang tinggi)

Antara ciri-ciri di atas. ciri pertama sudah menyatakan dengan jelas bahawa urusan KeTUHANan tidak bercampur dengan urusan keHAMBAan. Allah yang menentukan amalan seseorang sama ada ada kebaikan sebesar zarah (atom) atau jahat sebesar zarah(atom), jadi kenapa manusia dengan beraninya mengambil kerja ketuhanan dan mensyirikkan Allah dalam kerja buat manusia?.Manusia terlalu jahil dan jumut jika menghukum seseorang berdasarkan tingkah laku dan adab cakap kerana menghukum dengan riak adalah berat kerana RIAK itu syirik kecil sepertimana Firman Allah dalam hadis Qudsi;
Mafhumnya;
"Riak itu selendangku"
Jadi menuduh seseorang itu riak bermaksud meletakkan individu dituduh dalam kategori melakukan syirik kecil ( Mungkin Fitnah) manakala kita si Penuduh pula dengan tidak sedar sudah mengambil kerja keTUHANan dalam masa sama mensyirikkan Allah.

Memang nabi menceritakan ciri-ciri dan sikap riak. Fahamilah sahabat-sahabatku ciri-ciri itu sebagai panduan kepada kita dalam adab-adab amalan sebagai hamba kepada Tuhannya bukan untuk menuduh dan menujukan kepada orang lain.

Kadang-kadang besar diri itu boleh menjadi satu sedekah jika ditujukan kepada orang-orang yang membesar diri. ketahuilah besar diri dengan Allah baru dikira dosa dan syirik manakala besar diri dengan orang-orang yang besar diri dinamakan sedekah seperti hadis nabi yang saya nukilkan dari kitab Bidayatul Hidayah Imam al-Ghazali
Mafhumnya;

"besar diri atas orang yang besar diri itu sedekah dan beroleh pahala"

Jadi selepas ini kita wajib berhati-hati dalam percakapan. seperti kata Karam Sigh Walia (dia pon copy dari peribahasa melayu juga)

"Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"

Sesungguhnya syaitan amat halus tipu daya dan menjadi musuh paling nyata kepada manusia. Sedarlah saudaraku bahawa bimbingan dari guru Mursyid dan Murabbi lebih aula dari ilmu berdozen-dozen.

Sabtu, 17 Julai 2010

JUMLAH ORANG BERIMAN

Assalamualaikum sahabat siber dan alam nyata semua. Dikesempatan ana rajin menulis secara tiba-tiba atas hidayah Allah jua, ana cuba nak menghurai dengan ilmu yang cetek yang juga dikurniakan Allah sehinggakan bila dihitung ana hanya sebatang kara malah lebih teruk dari itu.

"Allah maha kaya, dan kamu semua Fuqara'(miskin)"

Dalam satu post ana di Laman sosial facebook milik ana. Ayatnya berbunyi( walaupon hanya tulisan) begini.

"KATA TUAN MINAL ( SHEIKH MUHAMMAD BIN ZAINAL ABIDIN)
"MANUSIA DI AKHIR ZAMAN JUMLAH ORANG2 BERIMAN HANYA 12000 LAKI-LAKI DAN 7000 PEREMPUAN"
PETIKAN DARI AQIDATUN NAJIN
LU PK LA SENDIRI


Maka ramailah para sahabat ana komen di dinding ana. Pelbagai pendapat yang timbul.
Sehinggakan seorang sahabat ana, yang ana kasihi Private message pula bagi menambahkan keyakinan dan merungkai permasalahan.
Ana minta maaf sebab analah yang menimbulkan persoalan di situ dengan soalan ana berbunyi berikut;

tu la..
zaman Tuan Minal yg 12000 laki 7000 pmpn..
zaman skrg kurg lg kot..
saudara Fajar.. mcm mana yg kata 70422 jumlah wali tu? xkurang x lebih.. mati satu ganti satu...?


Manakala huraian sahabat ana pula seperti berikut;

Salam, maaf Pok Nik masuk mencelah tidak dijemput. Pok Nik ada terbaca hujjah (hipotesis) mengenai perkara ini dan hujjah yang berbentuk hipotesis berikut mengaitkan dengan Aqidatun Najin.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:-

“Sesungguhnya, Allah swt akan mengutus angin (lembut) yang datang dari Yaman. Angin itu lebih lembut dari sutera. Ia tidak melalui SESEORANG YANG BERIMAN, WALAUPUN IMANNYA HANYA SEBESAR BIJI SAWI kecuali ia akan mematikannya”;- Hadith Riwayat Muslim.

dan juga :

Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!”

Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.

Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang.

Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa SEIAP ORANG BERIMAN DAN SETIAP ORANG ISLAM. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim)

Rasanya 12000 lelaki beriman dan 9000 wanita beriman itu adalah dari golongan yang disebutkan di atas iaitu :

A) selepas zaman Al-Mahdi,
B) selepas zaman Dajjal dibunuh Nabi Allah Isa a.s.
C) selepas zaman Yakjuj Makjuj dan
D) selepas kematian Isa a.s.

Jenazah Baginda Nabi Allah Isa a.s. akan disolatkan oleh orang-orang mukmin (12000 lelaki dan 7000 wanita beriman inilah)

Ada juga terbaca kisah di mana waliyullah sudah tiada lagi ketika itu dan 12000 lelaki dan 7000 wanita beriman ini akan diwafatkan sehari sebelum qiamat.

Mengenai 70,422 aulia maududin itu tidak termasuk dalam jumlah 19,000 ini - malah 70,422 aulia maududin diwafatkan lebih awal daripada 19,000 orang ini.

Wassalam


Baiklah, pertamanya ana ingin memperkenalkan kitab Aqidatun Najin. Kitab tersebut amat terkenal dalam pengajian Pondok2 sekitar Nusantara ditulis oleh seorang Ulama Fatani membicarakan tentang ilmu Tauhid. Ulama tersebut bernama Tuan Minal. Dari petikan kitab tersebutlah ana postkan di Laman Sosial Facebook ana. Bukan sebagai membuka perbalahan dan pendebatan namun sebagai teguran dan peringatan insyaAllah.

Pelbagai pendapat yang timbul berkenaan masalah ini. Ada yang mengatakan jumlah 12000 orang lelaki dan 7000 orang perempuan yang disebut oleh Tuan Minal itu adalah pada saat-saat akhir alam dunia iaitu ketika hampir berlakunya KIAMAT. Ada juga mengatakan jumlah tersebut adalah pada masa ini. Saya lebih tertarik untuk berpegang kepada pendapat kedua dan tidak menolak pendapat pertama. Kepada Allah yang Maha Mengetahuilah saya kembalikan persoalan dan jawapan yang sebenar.

Buat pengetahuan pembaca yang belum mengetahui dan ulangkaji kepada pembaca yang sudah maklum. Jumlah Kekasih(Wali) Allah adalah 70422 orang setiap masa dan ketika. Jika wafat salah seorang Allah akan gantikan dengan kekasih yang baru sehingga berlakunya KIAMAT. Ketahuilah jumlah 70422 orang ini terdiri daripada menteri-menteri KABINET yang disusun Allah dalam mengurus tadbir DUNIA ini. Daripada jumlah ini terdapat beberapa pangkat seperti Qutubuz Zaman, Imaman, Autad, Abdal, Akhyar dan sebagainya menurut jumlah-jumlah tertentu bagi setiap jawatan atau pangkat tersebut. Jumlah dan port folio menteri tersebut akan dibicarakan pada lain ketika jika diberi kesempatan.InsyaAllah.

Manakala jumlah yang beriman dinyatakan Tuan Minal dalam Aqidatun Najin hanya 19000 orang sahaja. Jumlah ini bercanggah dengan jumlah para wali Allah iaitu 70422 orang. Sebenarnya ana pon memikirkan masalah yang sama sehinggakan mengemukakan soalan kepada AYAH ana sendiri mengenai masalah ini. Allah bejanji para wali yang ada akan dikekalkan jumlahnya sebanyak 70422 orang sepanjang masa selagi belum KIAMAT. Di sisi manusia para wali yang wafat adalah mati dan perlu diganti manakala di sisi Allah, Allah menegah kita mengatakan mereka mati. Mereka hanyalah dipindahkan dari NASUT (alam Ujian) ke Barzakh. Jadi sebagai hamba yang maha dangkal atau cetek ilmu pengetahuan lebih afdal kita menyerahkan urusan kewalian itu kepada Allah mutlak. cukuplah sekadar mengetahui jumlahnya 70422 dan akan diganti jika ada kekosongan. Maka urusan keTUHANan biarkan terus menjadi keTUHANan manakala urusan keHAMBAan perlulah dibaiki sehingga timbul keikhlasan yang hakiki.Manakala pandangan Tuan Minal pula adalah pembukaan HIJAB oleh Allah bg Beliau melihat sendiri jumlah orang beriman di masa beliau.

Semoga Allah membuka lebih luas jumlah orang2 beriman dan kita ditempatkan bersama mereka yang bersama Allah dalam Penghambaan dan minta tolong. Amin ya Rabbal Alamin.

Jumaat, 16 Julai 2010

Agama Bukan Paksaan

Assalamualaikum..
Bagi yang follow blog ana atau terfollow ana ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan tersebut. Ana minta maaf banyak2 sebab tak sempat nak update blog ni. Malah ada satu ketika ana terniat nk delete saja blog ni. Tapi bila berfikir semula, ana ambil keputusan teruskan sahaja perkongsian ilmu dan amal yg baik2 yg boleh dijadikan teladan dan panduan kepada kita dalam menyelusuri lautan yg maha dalam dan maha luas Alam Kejadian Allah.

Ana tertarik dgn sepotong ayat al-Quran dari surah al-Baqarah
ayat 256
لَآ إِكۡرَاهَ فِى ٱلدِّينِ‌ۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَىِّ‌ۚ فَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلطَّـٰغُوتِ وَيُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ
mafhumnya;
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh"

Tiada sesiapa yang mampu dan boleh memaksa kita melakukan sesuatu sama ada baik atau jahat. Ramai di luar sana mengambil mudah dgn memahami ayat ini dengan katanya;
" Jika individu tersebut belum memeluk Islam, tiada siapa boleh memaksanya memeluk Islam"

Tetapi mafhum ayat ini bukan sedemikian rupa.
kata sheikh Abdul Qadir Jilani dalam kata-kata nasihat kepada murid-muridnya;
" sebelum kamu melaksanakan sesuatu hukum taklifi bersandarkan hukum wadhoi, kamu wajib memaksa diri kamu menerima agama Islam, wajib memaksa diri kamu menunaikan yang diperintah dan meninggalkan dgn jazam yang putus perkara-perkara yang dilarang dan kamu wajib menerima ketentuan Allah dengan redha".

Maka di sini kita dapat simpulkan bahawa sebelum melaksanakan sesuatu tiada seorang manusia berhak memaksa kita termasuk guru-guru dan ibu bapa tetapi kitalah yang bertanggungjawab memaksa diri kita menerima keluasan rahmat Allah dan menolak debu-debu azab Allah.

1. wajib kita memaksa diri kita menerima agama Islam secara berhak.
2. wajib kita memaksa diri kita melakukan perkara diperintah dan meninggalkan perkara ditegah.
3. wajib kita menerima dengan redha segala ketentuan Allah.

Selepas kita memaksa diri kita sendiri dengan perkara-perkara di atas, pada ketika itu muncullah keikhlasan dan kemanisan dalam beribadah dan bebas dari syirik kepada Allah sepertimana firman Allah dalam ayat terakhir surah al-Kahfi;

قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۟ بَشَرٌ۬ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬‌ۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلاً۬ صَـٰلِحً۬ا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا


"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya."