Sabtu, 24 Julai 2010

WALI, Siapakah mereka?

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat berjumpa lagi di ruang perbincangan dan perkongsian ilmu ini. Pada kali ini ana ingin membincangkan mengenai keWALIan dan siapakah mereka. Pada mulanya tajuk ini amat berat bagi ana kerana faham-faham lah sebagai manusia awam taraf keWALIan amat sukar dan terlalu jauh bagi ana. Namun digerakkan juga jari jemari bagi menyempurnakan amanah "sampaikan dariku walau satu ayat' maka ana gagahkan juga menulis serba ringkas mengenai keWALIan ini dan akan di sambung dari semasa ke semasa sehingga selesai sekadar kemampuan ana.

Ana begitu tertarik dengan kisah seorang wali Allah yang bernama Abdul Wahab Syaqrani. Bagaimana beliau diangkat menjadi wali dan siapa Guru Mursyidnya sehingga beliau menjadi wali. Ramai dalam kalangan kita mengatakan keWALIan ini dapat dicapai dengan penguasaan ilmu Syariat, thariqat dan hakikat. Dan ramai yang masih belum pon memahami apa sebenarnya yang dikatakan sebagai ilmu Syariat, Thariqat dan Hakikat tersebut. Maka pendapat orang awam selalunya mengatakan bahawaWALIan itu dicapai berdasarkan taraf ketinggian ilmu seseorang.

Kisahnya bermula begini. Sheikh Abdul Wahab Syaqrani terkenal sebagai seorang ulama Mujtahid pada zamannya dan mengajar di Masjidil haram yang dihadiri oleh ribuan murid. Pada satu hari beliau terdengar perbualan murid-muridnya mengenai seorang tukang susun kasut di Majlis pengajian beliau. Kata Murid-muridnya si tukang susun kasut yang bernama Ali Khawas itu tidak perlu melihat kepada muka pemberi kasut untuk disusun ketika menerima kasut-kasut mereka dan tidak perlu melihat kepada muka pemberi kasut ketika mengembalikan kasut-kasut mereka. Kejadian ini sungguh ajaib kerana berlaku di Majlis pengajian yang dihadiri ribuan manusia.

Pada satu hari, berjalanlah Sheikh Abdul Wahab Syaqrani melintasi Ali Khawas. Ketika itu keluarlah dari mulut Sheikh Abdul Wahab Syaqrani ;

لَا جَعَلَ اللُهُ وَلِيًّ جَاهِلًا

"Allah tidak menjadikan orang bodoh sebagai kekasihnya"

Maka jawab Ali Khawas dalam keadaan merendah dir;

جَعَلَ اللهُ لَهُ عَلَّمًا

"Jika berkehendak Allah melantik seseorang menjadi kekasihnya, diajarkan akan mereka ILMU"

Dan dari detik dan ketika itu berlarutanlah pendebatan antara mereka berdua selama beberapa hari. Sehinggalah tiba pada satu malam Jumaat, Sheikh Abdul Wahab Syaqrani seperti biasa pulang ke rumahnya selepas mengajar kuliah selepas isyak di Masjidil Haram. Apabila terpandang keayuan wajah isterinya maka naiklah syahwat sheikh tersebut. Puas dipujuk dan dirayu isterinya tetap tidak mahu melayan kehendak syahwatnya. Akibat terlalu tinggi keinginan si suami maka si isteri memberi syarat. Si suami menjadi keldai dan si isteri menunggang selama tujuh pusingan mengelilingi bilik tidur mereka. Akibat terlau letih Sheikh Abdul Wahab Syaqrani terlelap dan apabila terjaga beliau sudah terlepas dari sujud sajadah pada kebiasaanya di Masjidil Haram. Oleh kerana masa terlalu suntuk bagi memulakan majlis pengajian beliau maka dengan tergesa-gesa Sheikh Abdul Wahab Syaqrani bergegas ke Majidil Haram. Rutin dan kebiasaan Sheikh Abdul Wahab Syaqrani apabila terpandang Ali Khawas tetap diteruskan;

"Allah tak latik orang bodoh menjadi kekasih"
Jawab Ali Khawas:

"orang alim tak malu, sebab terlalu tinggi syahwat sanggup jadi keldai kepada isteri. Datang mengajar tak mandi hadas"

Terkejutlah Sheikh Abdul Wahab Syaqrani kerana tukang susun kasut jumut pada pandangannya dibuka mata hati oleh Allah mengetahui perkara-perkara tersembunyi. Dari saat itu bertaubatlah Sheikh Abdul Wahab Syaqrani pada ketika itu sudah menjadi ulama' terkenal hafal al-Quran dan Sunan Sittah melutut kepada seorang wali Allah si tukang susun kasut selama 40 hari bagi diterima menjadi murid.

Sheikh Abdul Wahab Syaqrani dilatih selama 40 hari oleh Ali Khawas dan selama 14 hari Ali Khawas melarang muridnya itu bersolat dan sebagainya cuma boleh menurut perintahnya sahaja yang mana kebanyakan perintahnya dianggap kotor dan haram oleh kebanyakan manusia awam. Selepas selesai latihan selama 40 hari Ali Khawas memaksa Sheikh Abdul Wahab Syaqrani menjual semua kitab dan hasil jualan disedekahkan kepada Fuqara'. Kemudian Sheikh Abdul Wahab Syaqrani diperintah mengajar seperti biasa tanpa kitab. Walaupun menolak Ali Khawas tetap mendesak dan ketika mula beliau hendak mengajar muncullah Rasulullah membimbingnya pada alam Rohani.

Maka terkenal ke seluruh murid-murid Sheikh Abdul Wahab Syaqrani keakraban dengan gurunya tersebut dan ketika wafat kedua-duanya dimakamkan sekali di mesir.

Pengajaran dari kisah ini. Kita sebagai manusia tidak mampu dan layak untuk mencampuri urusan ketuhanan dalam memilih siapa bakal kekasihnya. Sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah kita wajib ada Teguh cita-cita, Ikhtiar Usaha dan Rangkaian doa dalam setiap pekerjaan dan menyerahkan segala natijah atau keputusan kepada kebijaksanaan Allah jua.

Wassalam~~~


5 ulasan:

  1. masih kurang faham, x bersolat selama 14 hari? bukan ke itu melanggar syariat? macamana seorang waliullah boleh melanggar syariat?
    harap dapat berikan penjelasan

    BalasPadam
  2. Salam sejahtera. Syeikh Ali Khawas tetap mengajarkan solat yang betul tertibnya dari segi hati, lidah dan anggota kepada Syeikh Abdul Wahab Syaqrani kerana selama ini Syeikh Ali Khawas yang kasyaf itu mendapati Syeikh Abdul Wahab Syaqrani tidak diterima solatnya dan tergantung di antara langit dan bumi. Maka Syeikh Abdul Wahab Syaqrani perlu belajar semula seperti budak kecil yang belum matang. Pengajaran di sini ialah umpama kisah Nabi Allah Musa a.s. mempersoalkan tindakan Nabi Allah Khidir a.s. yang jelas pada mata Nabi Allah Musa a.s. sebagai melanggar syariat kerana membunuh seorang anak kecil, membocorkan perahu nelayan, meruntuhkan dinding dsb. Walhal Nabi Allah Musa a.s. telah diberi amaran oleh Nabi Allah Khidir a.s. untuk TIDAK mempersoalkan perbuatannya selama berjalan dengannya namun Nabi Allah Musa a.s. telah melanggar peraturan itu.

    Jika nak dikira perbuatan Nabi Allah Khidir a.s. selama beberapa jam sahaja 'lebih teruk lagi' jika dibandingkan dengan latihan Syeikh Ali Khawas yang saudara tuduh melanggar syariat itu. Maafkan saya, harap saudara dapat faham maksud saya ini. Jika ingin memasuki alam kesufian, harus cukup bekalan, nanti saudara terkena bala Allah kerana bersangka buruk kepada seorang Waliyullah.

    Wassalam - semoga Allah SWT memberkati dan melihat komen saya ini dan memberikan hidayah kepada saudara.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kepada yg tidak mempunyai nama yg bertanya dan menjawab. Tahniah kpd yg bertanya dan tahniah kpd yg tolong menjawab. jawapan begitu baik dan soalan pun begitu baik.. semoga kemusykilan terjawab~~

    BalasPadam
  4. Wassalam - terima kasih di atas komen jilani_shaikhi terhadap jawapan saya.

    Yang penting kita tidak suul-zhan kepada mursyid/murabbi kerana suul-zhan akan membawa kepada derhaka kepadanya.

    Wassalam

    Ukhuwah dari Rakan Abjad Malaysi

    BalasPadam
  5. sama-sama kpd yg masih belum dikenali. saudara yg tolong jawab pon bkn ada niat disebaliknya namun ikhlas untuk sama2 mndapat kefahaman sebenar. semoga mendapat manfaat bersama

    BalasPadam