Isnin, 19 Julai 2010

RIAK ! KERJA SIAPA TENTUKANNYA?

Assalamualaikum!!

Idea ana dalam penulisan ini sebenarnya sudah lama. Namun akibat daripada kesibukan dan kerja-kerja lain membuatkan ana terlupa seketika. Alhamdulillah hari ini dalam satu diskusi Allah mengingatkan ana semula mengenai RIAK, KERJA SIAPA TENTUKAN?.

Diskusinya begini. Ayat mula dari ana;

"kaji dah.. tahu dah jenis tanah apa. waktu tingkatan 1 lg sy tahu. abg x tahu ke? kesian~~~
klu abg nk tahu jenis tanah apa. kena serah leher dl la.. atau lutut bertemu lutut.
bkn masalah sy tahu ke tidak.. kamu bg tahu dlm blog kamu api pon mereka xtahu guna. tambah nak buat IC haha.."


kemudian dijawab oleh si dia yang kedua;

"ttg serah leher xpela..leher sy pn da diserahkan kt tmpt sy..xperlu rsenyer sy nk g smpai tmpt saudara..nmpknye ade ciri2 keriakan dlm diri saudara pabila mngatakan ttg mengetahui jenis tnh itu,ssunguhnya riak itu adlh sifat2 terkeji..
jika saudara mngatakn begitu nmpknya saudara xbce habis o memahami tt penggunaan api itu..bce btol2"


Jawab ana pula;

"fuhhh!!! kerja Allah pon saudara nak ambik.. sy riak tu Allah yg tentukan. Bila nk capai makam iman tertinggi bila syirikkan Allah. biar Allah tentukan kerja Dia nk tentukan sy riak ke x.. tp mmg ulama dh cerita 7 tanah dunia 7 tanah akhirat yg Allah jadikan lembaga Adam. takabbara alal mutakabbirin sadaqatun.
"besar diri atas org besar diri sedekah"
sy sedekah kpd saudara td.. bkn dok riak pon
"

Berat juga tugas nan menerangkan kepada pembaca hal keadaan sebenar perkara ini. Namun saya gagahkan juga menulis dan menghuraikan sekadar ilmu Allah yang saya maklum. Bab pertama saya ingin berkongsi ciri-ciri orang beriman yang ditulis dalam kitab Manhalush Shafi Fi Rumuzi Ahli Shufi karangan Sheikh Daud Bin Abdullah al-Fathani;
1. Menjaga rahsia kehambaan dan keTUHANan
(iaitu tidak mencampuri urusan keTUHANan oleh seorang hamba dan maha suci Allah dari urusan keHAMBAan)
2. Menjaga barang di antaranya dan di antara Allah taala
(Ibadah, munakahah, jenayah dan muamalat)
3. Menanggung kesakitan sesama makhluk.
( Bersikap tolong-menolong menyelesaikan masalah makhluk)
4. Merai bersalah salahan akal sesama makhluk.
(bersikap toleransi yang tinggi)

Antara ciri-ciri di atas. ciri pertama sudah menyatakan dengan jelas bahawa urusan KeTUHANan tidak bercampur dengan urusan keHAMBAan. Allah yang menentukan amalan seseorang sama ada ada kebaikan sebesar zarah (atom) atau jahat sebesar zarah(atom), jadi kenapa manusia dengan beraninya mengambil kerja ketuhanan dan mensyirikkan Allah dalam kerja buat manusia?.Manusia terlalu jahil dan jumut jika menghukum seseorang berdasarkan tingkah laku dan adab cakap kerana menghukum dengan riak adalah berat kerana RIAK itu syirik kecil sepertimana Firman Allah dalam hadis Qudsi;
Mafhumnya;
"Riak itu selendangku"
Jadi menuduh seseorang itu riak bermaksud meletakkan individu dituduh dalam kategori melakukan syirik kecil ( Mungkin Fitnah) manakala kita si Penuduh pula dengan tidak sedar sudah mengambil kerja keTUHANan dalam masa sama mensyirikkan Allah.

Memang nabi menceritakan ciri-ciri dan sikap riak. Fahamilah sahabat-sahabatku ciri-ciri itu sebagai panduan kepada kita dalam adab-adab amalan sebagai hamba kepada Tuhannya bukan untuk menuduh dan menujukan kepada orang lain.

Kadang-kadang besar diri itu boleh menjadi satu sedekah jika ditujukan kepada orang-orang yang membesar diri. ketahuilah besar diri dengan Allah baru dikira dosa dan syirik manakala besar diri dengan orang-orang yang besar diri dinamakan sedekah seperti hadis nabi yang saya nukilkan dari kitab Bidayatul Hidayah Imam al-Ghazali
Mafhumnya;

"besar diri atas orang yang besar diri itu sedekah dan beroleh pahala"

Jadi selepas ini kita wajib berhati-hati dalam percakapan. seperti kata Karam Sigh Walia (dia pon copy dari peribahasa melayu juga)

"Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"

Sesungguhnya syaitan amat halus tipu daya dan menjadi musuh paling nyata kepada manusia. Sedarlah saudaraku bahawa bimbingan dari guru Mursyid dan Murabbi lebih aula dari ilmu berdozen-dozen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan