Jumaat, 4 Februari 2011

Aurat

Assalamualaikum w.b.t.

Aurat merupakan satu perbincangan yang wajib kita perhalusi dan dilanjutkan perbincangan. Perbincangan mengenai aurat dan maruah ini tidak terhenti dengan hikmah dan azab semata-mata dan perbincangan ini juga tidak terhenti kepada golongan wanita atau lelaki sahaja kerana WAJIB FARDHU AIN atas diri kita memelihara aurat masing-masing.

Kita mulakan diskusi kita dengan sepotong ayat dari surah al-Ahzab ;

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا

Mafhumnya;

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Menurut kondisi ayat di atas, jelas penekanan menutup aurat ini Allah tekankan kepada golongan Hawa, dan hikmah pertama yang Allah jelaskan kepada kita bahawa MENUTUP AURAT tersebut membazakan Hawa di antara golongan MUKMINAH dan MUSYRIKAH. Golongan MUKMINAH dan MUSYRIKAH adalah golongan yang dibezakan dengan jurang yang amat ketara. Tidak salah jika ana katakan bahawa golongan MUKMINAH dinilai dengan penilaian yang tinggi oleh masyarakat. MUKMINAH lebih dipercayai, lebih kesopanan, lebih disukai, lebih lemah lembut dan segala pujian yang baik-baik dihamburkan hanya kepada golongan MUKMINAH. Tidak salah juga ana katakan, naluri manusia keseluruhannya mengutuk, mencaci sekeras-kerasnya golongan MUSYRIKAH malah sesama MUSYRIKAH sekalipun mereka tidak pernah bersatu. Maka hikmah kedua yang dapat kita dapati, MUKMINAH adalah golongan yang bermaruah dan dipandang mulia oleh masyarakat bersepakai dengan tuntutan agama yang mewajibkan kita menjaga maruah. Kemudian bagi MUKMINAH dicampakkan dengan IMAN dan mereka yang MUKMINAH sentiasa mengelak dirinya dari pandangan atau gangguan lelaki-lelaki ajnabi. Allah menjamin keselamatan MUKMINAH daripada diganggu oleh mana-mana pihak. Hal keadaan jaminan Allah ini dapat kita lihat kepada Siti Sarah isteri pertama nabi Ibrahim a.s. Siti Sarah tidak disentuh langsung oleh raja yang ghairah melihat akan kecantikannya. Peliharaan dari Allah yang bersifat mutlak tersebut menyelamatkan Siti Sarah dari marabahaya yang tidak disukainya. Begitulah benarnya jaminan Allah kepada Wanita Solehah MUKMINAH yang menjaga auratnya. Kemudian Allah mengakhiri ayat tersebut dengan memperlihatkan betapa luas tidak bertepi, betapa dalam tidak terperi lautan rahmat dan kasih sayang Allah kepada hambanya. Hamba yang jijik dan kotor kerana mendedahkan MAHKOTA PERIBADI kepada bukan muhrim tersebut apabila dia Segera TAUBAT maka Allah jadikan dirinya umpama bayi yang baru dilahirkan, suci bersih dari dosa. Hal ini juga ada kisahnya pada zaman Bani Israel, seorang pelacur cantik jelita, menjaja diri kepada manusia apabila akhirnya bertaubat kepada Allah dari rahim seorang penzina Allah lahirkan enam orang anak soleh. Sesetengah pendapat mengatakan anak-anak itu menjadi nabi pada zaman tersebut dan ada setengah pendapat yang lain hanya menjadi wali. Begitulah luasnya rahmat dan pengampunan Allah kepada MUKMINAH yang menjaga AURATNYA. Kemulian, pangkat tinggi di sisi masyarakat, kasih sayang manusia kepadanya merupakan antara jaminan Allah kepada Hawa yang MUKMINAH. InsyaAllah..

ٱلرِّجَالُ قَوَّٲمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٲلِهِمۡ‌ۚ فَٱلصَّـٰلِحَـٰتُ قَـٰنِتَـٰتٌ حَـٰفِظَـٰتٌ۬ لِّلۡغَيۡبِ بِمَا حَفِظَ ٱللَّهُ‌ۚ وَٱلَّـٰتِى تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَٱهۡجُرُوهُنَّ فِى ٱلۡمَضَاجِعِ وَٱضۡرِبُوهُنَّ‌ۖ فَإِنۡ أَطَعۡنَڪُمۡ فَلَا تَبۡغُواْ عَلَيۡہِنَّ سَبِيلاً‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيًّ۬ا ڪَبِيرً۬ا

Mafhumnya;

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang solehah itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”

Ayat di atas merupakan ayat yang dipilih bagi dihayati dan diambil pengajaran darinya, dan penegasan akhir Allah dalam ayat tersebut membuktikan kepada lelaki bahawa status ketua dalam keluarga tersebut bukan satu alasan bagi menindas MUKMINAH atau isterinya kerana Allah lah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Firman Allah lagi bagi dijadikan renungan kepada kita;

يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ قَدۡ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكُمۡ لِبَاسً۬ا يُوَٲرِى سَوۡءَٲتِكُمۡ وَرِيشً۬ا‌ۖ وَلِبَاسُ ٱلتَّقۡوَىٰ ذَٲلِكَ خَيۡرٌ۬‌ۚ ذَٲلِكَ مِنۡ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ لَعَلَّهُمۡ يَذَّكَّرُونَ

Mafhumnya;

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”

يَـٰبَنِىٓ ءَادَمَ لَا يَفۡتِنَنَّڪُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ كَمَآ أَخۡرَجَ أَبَوَيۡكُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ يَنزِعُ عَنۡہُمَا لِبَاسَہُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوۡءَٲتِہِمَآ‌ۗ إِنَّهُ ۥ يَرَٮٰكُمۡ هُوَ وَقَبِيلُهُ ۥ مِنۡ حَيۡثُ لَا تَرَوۡنَہُمۡ‌ۗ إِنَّا جَعَلۡنَا ٱلشَّيَـٰطِينَ أَوۡلِيَآءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ

Mafhumnya;

“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”

Begitulah sedikit perkongsian ana bersama sahabat semua dan berharap kepada Allah sebagai bekal yang sedikit untuk ke sana, dan jika diberikan kesempatan di lain masa insyaAllah kita akan membincangkan mengenai azab dan siksaan kepada MUSYRIKAH yang meringan-ringankan tuntutan wajib menutup aurat tersebut.

Wassalam.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    berbicara tentang aurat mukminah dan musyrikah..
    hamba terpanggil untuk bertanya apa relevannya wanita mukminah meletakkan gambar mereka di laman sosial?

    jika dr pandangan Ahli sunnah wal jamaah ..
    diharuskan atau makruh?

    sekadar menginginkan ilmu untuk dikongsi bersama yang mencari..

    jawapan daripada pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

    wassalam

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam..
    berbicara mengenai aurat.. soalan saudara/i adalah soalan umum yang memerangkap.. insyaAllah ana jawab seadanya sahaja..
    Agama itu terdapat TAKLIFI iaitu wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram manakala penentuan Taklifi ditentukan dengan WADHAI yang lima..
    Sebab, syarat, maniq, sah dan Batal..
    Islam bukan bertujuan kita menghukum manusia lain dengan suatu hukuman yang sesat atau sebagainya melainkan ISLAM itu diletakkan di atas lidah, hati dan anggota setiap MUKALLAF.
    Kita lihat kepada pengamal.. sekiranya dia meletakkan gambar sebab TAARUF dalam AGAMA.. SYARAT..menutup AURAT..TERTEGAH..jika x menutup aurat.. SAH..Muka yang benar xda niat menipu..BATAL..x cukup syarat dan sebab.. maka boleh jatuh hukum wajib meletakkan GAMBAR.. jadi, penentuan hukum terletak atas individu berdasarkan hukum2 syarak..jika boleh menjadi fitnah atau sebagainya bg individu tersebut maka wajib elak dr meletak gambar.. kit MENENTUKAN agama kita dan tak boleh menentukan agama orang lain..sekadar itu shj jawapan ana.. boleh kemukakan soalan semula klu tidak memahami maksud di atas..sekian terima kasih

    BalasPadam
  3. alhamdulillah,

    sekarang fahamlah hamba serba sedikit, cuma terlalu banyak istilah-istilah yang perlu difahami secara mendalam...

    keyword yang hamba dapat
    1) wajib letak gambar bergantung pada sebab dan syarat
    2) wajib elak jika boleh menjadi fitnah
    3) kit menentukan agama kita
    4) X BOLEH menentukan agama orang lain

    terima kasih daun keladi

    BalasPadam
  4. Sama2.. sikit shj penerangan tu..
    ya begitulah Agama ISLAM..mudah semudahnya..

    BalasPadam