Jumaat, 8 April 2011

DUNIA SEMAKIN NAZAK

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama ana tidak menjenguk ke laman Blog milik ana ini, maaf atas kekurangan diri sendiri yang tidak mampu istiqamah dalam berkongsi ilmu. Harapan ana, semua pembaca kekal dalam kesihatan yang sempurna, dan masih berterusan istiqamah di jalan Allah. InsyaAllah.

Allah s.w.t Maha Berkuasa. Shuluhi Qadim dan Tanjizi Hadis berlaku serentak membuatkan jari jemari ana menekan papan "keyboard" menaip apa-apa yang dirasakan wajib dikongsi berdasarkan tajuk yang diberi. Ana dahulukan ucapan terima kasih kepada Sahabat yang menyumbangkan idea untuk ana meneruskan penulisan di sini. Ana juga mendoakan sahabat-sahabat yang bersama beliau ke Jepun dikawal dan dipelihara oleh Allah sesuai dengan firmanNya:
وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَلِيًّ۬ا وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ نَصِيرً۬ا

" Cukuplah Allah sebagai Penjaga dan cukuplah Allah sebagai Penolong"

Dunia semakin nazak. Nazak ini adalah istilah yang digunakan kepada manusia yang menunggu saat Izrail datang mengambil nyawa. Begitulah dunia, yang semakin nazak menunggu Israfil meniup Sengkakala. Manusia dikejutkan dengan bencana Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun baru-baru ini, dan inilah sebab utama sahabat ana yang akan berangkat ke Jepun menyarankan agar topik ini dibincangkan. Semoga sama-sama mendapat manfaat. Jika diambil iktibar dengan kisah-kisah terdahulu, manusia bukan satu makhluk yang belajar dari bala bencana. Sebelum kejadian yang berlaku di Jepun, satu masa dahulu Allah s.w.t sudah mengazabkan Umat Nabi Nuh a.s. sehingga menenggelamkan bumi. Namun apabila sampai kepada Kaum A'd Umat Nabi Hud a.s. manusia sekali lagi alpa dan lalai kepada Allah dek kerana 700 tahun nikmat Allah kepada mereka. Tidak ada satu pon manusia yang bersin apatah lagi sakit dan demam. Sehinggakan generasi manusia ketika itu lupa akan istilah "MATI". Kemudian Allah datangkan Azab dengan angin "SHORSHOR" maka habis hancurlah umat Hud a.s. yang gagah dan membina perumahan dalam batu itu. Kemudian datang Umat Nabi Soleh a.s. Umat ini juga lupa, sehinggalah kepada kita dan kita masih juga lupa.

Mengikut sejarah, manusia tidak akan sesekali belajar dari bala bencana melainkan bencana tersebut membawa sedikit sahaja gerun dan takut dalam diri manusia dalam tempoh yang paling singkat. Dunia semakin Nazak, dan istilah ini bukan sahaja dipakai oleh mereka yang beriman dengan hari Akhirat, tetapi diguna pakai oleh semua ahli-ahli pemikir dari pelbagai agama sehinggakan ada teori kehancuran dunia pada tahun 2012. Ingatlah wahai sahabat-sahabat pembaca sekalian. Keinsafan yang hakiki, yang dituntut oleh Allah kepada manusia bukan didatangkan melalui akal fikiran. Namun Allah mengutus Nabi Muhammad s.a.w. bagi dijadikan contoh ikutan teragung kepada kita. Walaupun saya berbahas panjang mengenai bala bencana yang sedang berlaku ini. Hanya sebesar zarah sahaja keinsafan yang akan timbul. Oleh itu saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat semua perkemaslah ilmu fardhu Ain, bermula ilmu TAUHID, kepada ilmu SYARIAT dan ilmu AKHLAK. Di sana baru berjumpa dengan kemanisan dan keinsafan yang hakiki. Sebab Allah itu "KANZAN MAKHFIAN" perbendaharaan yang tersembunyi, yang wajib kita kenali. Jika benar kamu beriman buktikan keimanan kamu. Itulah keadaan manusia rata-rata yang mengaku ISLAM, jika diuji dengan fardhu ain ramai yang tidak mampu menjawab. Dari Hukum Akal, kepada Rukun Syahadah apatah lagi perkara-perkara QAWADEH, AWARIDH dan QADHA. Bukan niat saya merendahkan saudara/ri namun katakanlah benar walau ia amat pahit, merupakan saranan dari rasul yang dicintai.

Jadilah Saidina Umar yang bengis pada rupa,
yang kasar pada kata,
namun bila dicurah air agama,
tunduk sayu dirinya.

Benarlah kata Tuan Minal dalam Aqidatun Najin, Manusia beriman dalam kalangan lelaki pada akhir zaman hanya 12000 orang sahaja dan beriman dalam kalangan perempuan hanya 7000 orang sahaja. Tepuk dada tanya diri sendiri. Dimanakah kedudukan aku. Allah tidak menentukan semua yang bekerjaya USTAZ itu beriman, namun Allah memilih pemilik hidayah itu bagi sesiapa sahaja yang mahu. Pada diri manusia itu wajib ada 5 formula nabi Adam a.s. ini;

  1. Mengaku Salah kepada Allah
  2. Semak selidik diri sendiri
  3. Menyesali salah-salah yang lalu
  4. Segera bertaubat
  5. Tidak berputus asa dengan rahmat Allah yang maha dalam tak terperi maha luas tak bertepi
Wallahua'lam

"KEINSAFAN HAKIKI BAGI MEREKA YANG MENGENALI ALLAH SAHAJA"
"DATANGKAN BURHAN(BUKTI) JIKA KAMU ORANG YANG BENAR"
"AMAL TANPA ILMU IBARAT ORANG YANG GILA"

14 ulasan:

  1. abg akif..sudah lama sy menunggu blog di update..trma kasih atas peringatan..hihihi

    BalasPadam
  2. tanpa nama: anda mempunyai nama, tonjolkan diri anda..hehe..sama2..peringatan kpd diri lalai ini juga..

    BalasPadam
  3. penuntut senja: boleh, silakan. yang baik dari Allah yang jahat dr sy yg masih menuntut. rajin2 lah jengok dan memberi sokongan. :)

    BalasPadam
  4. tut... akif tak tau nak menyampuk... ok x!! haha...

    BalasPadam
  5. arigatou sy ucapkan kepada kawan sy, akif..
    perkongsian yg amat bermkna bg sy..
    sama2 la kiter doakan agar kiter dlm kalangan yg memasuki syurga Nya..insyaAllah...

    BalasPadam
  6. Haslini: haik..doiteshimashite..:)..

    BalasPadam
  7. Allah s.w.t Maha Berkuasa. Shuluhi Qadim dan Tanjizi Hadis berlaku serentak membuatkan jari jemari ana menekan papan "keyboard",itulah antara bait2 tulisan yg telah jilani shaiki tuliskan pd permulaan bicara diatas...blh dperjelaskan apkah yg dmaksudkan dgn huluhi Qadim dan Tanjizi Hadis itu......

    BalasPadam
  8. Terima kasih cikgu hanif..semoga cepat sembuh..sama2 kita doakan.. Shuluhi Qadim tu ulama ibarat mcm kapak dan tanjizi hadis tu ibarat mcm kapak yg sdg belah pokok..ia berkenaan bab Qudrah(kuasa) Allah dlm sifat 20..Qudrah Allah sebelum dia berlaku namanya Shuluhi Qadim, selepas dia berlaku namanya tanjizi hadis. Semua org tau bahawa kapak tu tugasnya nk belah kayu..tp dia belum belah kayu..masa belum inilah shuluhi Qadim..manakala Tanjizi Hadis ni apabila kapak dah belah kayu..maka disebut tanjizi hadis..Shuluhi Qadim ni kita tau bahawa kapak tu tugas dia belah kayu tp masih belum belah kayu..seumpama kita tau Allah tu dah atur segala-galanya namun masih belum berlaku..tanjizi hadis ni kapak dah belah kayu seumpama dah berlaku ketentuan Allah di Luh Mahfuz..wallahu'alam..:)

    BalasPadam
  9. Tuan Jilani Shaikhi

    terima kasih atas perkongsian ilmu..

    "Keinsafan yang hakiki, yang dituntut oleh Allah kepada manusia bukan didatangkan melalui akal fikiran"

    ana kurang mengerti bab ni,, boleh tolong terangkan x?

    BalasPadam
  10. hidayah ada 5:
    1. Rasa(Hawwas)
    2. Panca indera
    3. akal
    4. agama
    5. taufik

    masihkah kita perlu guna akal sekiranya kita sudah dpt agama? apabila kita berganjak kpd hidayah agama bermakna kita sudah tahu Allah itu Zat wajib wujud yang x sama dengan baharu. dan ketika itu agama yang ada pada kita bkn melalui akal namun melalui Rasul(acuan) yang Allah hantarkan kepada kita. Jika masih guna akal maka berlakulah rombakan semula silibus Agama Allah maka keluar dr hidayah Agama dgn nama Fasik, Zalim, munafik dan Murtad.

    BalasPadam
  11. Akal tersebut digunakan oleh ahli Tauhid dalam membahaskan Zat Allah. Kemudian apabila sudah sampai kepada jazam(keputusan muktamad) kita wajib dtgkan tiga yg wajib.
    1. Wajib paksa diri menerima agama
    2. wajib melaksana yang disuruh dan meninggal yang dilarang
    3. Wajib redha dgn ketentuan
    Pada ketika wajib jika masih gunakan akal maka rosaklah agama kita..waliyazubillah.

    BalasPadam
  12. tq datas penjelasan dan kupasan yg diberkan olh tn sh.jilani...moga kt semua sentiasa dlm keredoannya slalu...amin..

    BalasPadam