Sabtu, 9 Oktober 2010

Alam Dan Misterinya Dia Dari Manusia Keseluruhannya.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah diberi lagi kesempatan kepada ana menulis dan menyebarkan pengetahuan yang dikurnia Allah ini. Pada kali ini ana ingin berkongsi masalah Alam dan misterinya Alam-alam ini kepada pendengaran manusia awam.
Alam yang pertama ingin dibicarakan ialah Alam Rohani@ Alam Ghaib @ Sam'iyat. Alam ini dibangsa atau dinisbahkan kepada bala Tentera Allah yang baik dan wajib DIIMANI. Untuk melihat atau mempelajari alam ini kita mestilah pandang dengan hidayah atau Basirah(Mata Hati). Hidayah pula adalah tertutup kepada semua manusia kecuali yang mengikut jejak langkah nabi seperti Firman Allah mafhumnya;

"Tidak aku utuskan dikau ya Muhammad kecuali membawa Rahmat( kasih sayang Allah) atas sekalian alam."

Allah juga menegaskan;
"Kamu(Muhammad) tidak boleh memberi petunjuk kepada siapa yang kamu kasihi tetapi Allah memberi hidayah kepada siapa yang Dia suka."

Maka dengan itu bagi siapa yang ingin telus dan melihat tanpa hijab kepada Alam Rohani ini maka mestilah merebut hidayah Allah yang menjadi milik mutlak Allah dan diberi kepada mereka yang mengikut Al-Quran dan Nabi sebagai al-Quran bergerak seterusnya mengaku salah dan merendah diri kepada Allah seperti mana Allah mengatakan dalam Ayat kelima dalam surah pertama diturunkan Allah;

"Allah mengajar (memberi hidayah) manusia apa yang dia tidak tahu(mengaku salah dan rendah diri kepada Allah)"

Ilmu mengenai Alam Rohani ini wajib diketahui oleh bakal Ahli Syurga kerana tidak masuk syurga mereka yang tidak mengetahui mengenai Alam ini. Malah Alam ini dijadikan sebagai contoh ikutan dalam penghambaan dan minta tolong kepada Allah. Contohnya; Syurga, Neraka, Sirat, Mizan, Malaikat, Arasyh, Kursi, Qalam, Luh Mahfuz dan sebagainya.

Alam Kedua adalah Alam Misal@Makhluk Halus@Alam Jin dan Syaitan. Alam ini dinisbahkan kepada Alam bala tentera Allah yang jahat dan menghasut anak-anak Adam. Perkataan Alam Ghaib dilacur dan digunakan kepada alam ini sekarang namun alam ini bukanlah Alam Ghaib seperti mana dikehendaki oleh Allah. Orang-orang dahulu mengatakan alam ini sebagai Alam makhluk halus yang mempunyai imbasan dan hasutan. Mereka boleh dikenali dengan ilmu kemudian dikaji dan diselidiki. Alam ini juga dikenali Alam Asap dan Wap atau alam tipu daya yang mana mereka ditugaskan menipu anak Adam tetapi tidak boleh memberi bekas kepada orang-orang beriman. Ilmu sains dan teknologi sekarang adalah satu susunan ilmu bagi mengenali alam ini jika kita perhalusi pengajian kita dan meletakkan agama dihadapan kemudian ilmu sains dan teknologi mengikut di belakang. Ilmu yang mengkaji gelombang, atom dan sebagainya merupakan ilmu mengkaji Alam Asap dan Wap dan teknologi tidak akan berkesan sekiranya tanpa Api dan Wap yang menggerakkan sesuatu. Maka alam ini menjadi tipu daya kepada mereka yang tidak meletakkan asas agama di hadapan dan ramai terpedaya dan jatuh di dalam alam ini. Banyak nama-nama jin dan iblis yang dinyatakan Ulama namun tidak perlu dibahaskan di sini kerana panjang dan lebar syarahannya. Namun orang beriman amat kenal akan imbasan dan hasutan alam ini dan bagi orang beriman makhluk-makhluk alam ini sebagai hamba atau penghubung kepada kerja buat manusia di bumi.

Alam ketiga adalah Alam Jasmani@Alam Musyahadah@ Alam Penglihatan. Alam ini boleh dibelajar dengan panca indera yang lima. Alam ini hanya belajar akan nama dan guna benda. Kebanyakkan ilmu di alam ini dikuasai haiwan-haiwan kerana mereka melatih diri kenal akan mara bahaya yang menanti di hadapan selain bagi memenuhi kepuasan diri. Maka manusia yang bersifat kebendaan hanya menyamai binatang yang mementingkan keselamatan dan puas hidup di dunia selama-lamanya.

7 ulasan:

  1. kita ada berapa alam

    BalasPadam
  2. Alam yang kita ada hanya tiga. iaitu Rohani, misal dan syahadah. 3 sja alam yg ada.

    BalasPadam
  3. alam yang kita x ada? alam lahut dan jabarut termasuk dalam alam mana

    BalasPadam
  4. alam lahut = alam akhirat

    BalasPadam
  5. Alam Lahut dan jabarut termasuk dalam perkiraan hari2 Allah dan bukan mengenai alam dunia skrg. Alam Lahut adalah alam ruh sebelum ruh masuk ke solbi Adam manakala jabarut adalah alam ketika ruh berada di dalam solbi Adam. skrg kita membincangkan mengenai alam yg sedang kita harungi iaitu Nasut@ujian yg mana terdapat 3 jenis alam yg dihuni 3 jenis makhluk Allah.

    BalasPadam
  6. oww,, ok2,, faham faham

    BalasPadam
  7. apa beza alam roh yang punya alam malakut , alam jabarut dengan alam rohani salah satu alam yang tiga

    BalasPadam