Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan limpah kurniaNya digerakkan jari jemari bagi meneruskan penulisan ini. Selawat dan salam atas junjungan besar nabi MUHAMMAD S.A.W pemberi syafaat Uzhma di Mahsyar kelak. Semoga Allah memberi pengampunan kepada diriku, kedua ibu bapaku dan seluruh umat Muhammad s.a.w.
Hari ini Allah memberi kesempatan selepas saya selesai muzakarah dengan sahabat-sahabat berkenaan ilmu tauhid dan feqah solat kemudian sebelum saya melelapkan mata suka saya berkongsi isi muzakarah itu berkenaan hidayah dan Anjing dengan Kucing.
Ketahuilah wahai saudaraku, HIDAYAH Allah itu dikategorikan kepada lima bahagian iaitu;
- Hidayah Hawwaz (Rasa)
- Hidayah Panca Indera
- Hidayah Akal
- Hidayah Agama
- Hidayah Taufiq
Kepada keseluruhan manusia Allah kurniakan hidayah Akal dan bagi manusia yang bernasib baik Allah kurniakan hidayah Agama. Manusia-manusia yang mendapat keuntungan Allah kurniakan hidayah Taufiq iaitu hidayah yang tertinggi di sisiNya. Hidayah AGAMA itu boleh keluar dari diri individu itu atas nama Fasik, Zalim, Murtad dan Munafik sekiranya individu itu tidak mencapai hidayah TAUFIQ.
Hidayah HAWWAZ atau RASA Allah kurniakan kepada semua makhluk dari kalangan tumbuhan, haiwan dan manusia iaitu rasa inginkan selamat dan PUAS. Manakala hidayah Panca Indera hanya dikurniakan kepada Haiwan dan Manusia namun haiwan tidak memperolehi Hidayah AKAL maka haiwan tidak mampu membezakan baik dan buruk seperti mana manusia.
(Hikayat) Terjadi satu kisah ketika semua haiwan dalam keadaan berpasang-pasangan dalam BAHTERA NUH A.S. maka wasiatlah Nabi Nuh a.s. kepada semua manusia dan haiwan agar jangan berjimak *Mengawan ketika bahtera itu berlayar takut tidak mampu menampung jumlah muatan yang berlebihan. Hendak dijadikan cerita sangkar kurungan Anjing bersebelahan dengan sangkar kurungan kucing. Anjing dicampak RASA hendak yang amat-amat sehingga tidak mampu mengawal diri lalu *mengawan dengan anjing betina. Hal ini dilihat jelas oleh kucing, maka apabila datang Nabi Nuh a.s. berhampiran sangkar kedua-dua haiwan tersebut mengadulah sang kucing kepada Nabi Nuh a.s. akan perilaku sumbang anjing itu. Anjing menerima hukuman atas tindakan yang tidak dapat mengawal RASA dirinya itu. Pada satu ketika yang lain, kucing pula datang RASA hendak kepada kucing betina maka jadilah episod yang sama dan dilihat oleh anjing. Namun anjing tidak boleh mengadu kepada Nabi Nuh a.s. kerana dia adalah tertuduh pertama dan rasa malu. Dari dendam tok nenek itulah sehingga ke hari ini anjing dan kucing bermusuh.
Iktibar dari kisah di atas janganlah mengadu-domba dan janganlah berdendam. Semoga beroleh manfaat. Wassalam~~~
Assalam tuan, syafaat Uzhma di Mahsyar tu macam mana?
BalasPadamWaalaikumussalam w.b.t. Syafaat mempercepatkan hisab selepas penantian yang terlalu lama.
PadamWaalaikumussalam w.b.t. Syafaat mempercepatkan hisab selepas penantian yang terlalu lama.
BalasPadam