Syukran hamdan da-iman. Segala pujian khusus kembali semuanya kepada Dia zat Wajibal Wujud yang terkaya Dia, tiap-tiap suatu daripadaNya dan akan kembali semula kepadaNya. Selawat dan salam ke atas junjungan Muhammad s.a.w. semoga berselawat Allah dan para malaikatNya kepada kita berlipat ganda.
Pada kesempatan kali ini, suka saya kongsikan hukum atau kategori hukum yang terdapat dalam agama Islam yang wajib FARDHU AIN setiap mukallaf mengetahui akannya bagi menyempurnakan perkerjaan Taabud(kehambaan) kepada Allah. Tanpa mengetahui hukum-hukum ini maka kita tidak dapat melaksanakan pekerjaan Ibadah dengan sempurna seterusnya membuatkan ibadah-ibadah zahiriah(nyata) kita menjadi perbuatan sia-sia di sisi Allah.
Kategori hukum yang pertama ialah HUKUM AKAL. Hukum ini wujud bertujuan untuk membicarakan ilmu AQIDAH atau nama lain baginya Tauhid, Usuluddin, Kalam, Makrifah dan nama-nama yang berkaitan lainnya. Terdapat 3 jenis hukum akal iaitu;
- WAJIB pada akal = Barang yang tidak diterima pada akal akan ketiadaannya. Seperti WAJIB ada Tuhan yang menjadikan Alam.
- MUSTAHIL pada akal = Barang yang tidak diterima pada akal akan adanya. Seperti MUSTAHIL tuhan itu berbilang-bilang.
- HARUS pada akal = Brang yang diterima pada akal adanya atau tiadanya. Seperti Allah menjadikan sekalian makhluk.
Kategori yang kedua ialah HUKUM SYARAK. Bahagian-bahagian HUKUM SYARAK(TAKLIFI) pula ada lima iaitu hukum hakam yang diturunkan Allah kepada setiap mukallaf atas lidah rasulnya Muhammad s.a.w. Hukum ini digunakan dalam bab SYARIAT iaitu bab IBADAH, MUNAKAHAH, JENAYAH dan MUAMALAH. Berikut senarai hukum syarak:
- WAJIB
- SUNAT
- HARUS
- MAKRUH
- HARAM
Kemudian hukum Syarak diikuti lima perkara HUKUM WADHA-I iaitu hukum yang ditentukan oleh manusia bagi menyempurnakan pekerjaan hukum syarak;
- SYARAT
- SEBAB
- SAH
- MANI'(PENGHALANG)
- BATAL
Hukum yang ketiga dan terakhir ialah HUKUM ADAT iaitu hukum yang menetapka ada atau tiada suatu perkara dengan ada atau tiadanya suatu perkara yang lain.
- ADA dengan ADA; ADA kenyang dengan ADA makan.
- TIADA dengan TIADA; TIADA kenyang dengan TIADA makan.
- ADA dengan TIADA; ADA lapar dengan TIADA makan.
- TIADA dengan ADA; TIADA lapar dengan ADA makan.
Setiap asas hukum-hukum di atas perlulah diketahui dan diteliti oleh setiap individu mukallaf kerana hukum-hukum di atas iaitu AKAL, SYARAK dan ADAT adalah asas bagi mempelajari ilmu AQIDAH, SYARIAT dan AKHLAK. kata Imam Haramain;
"Barang siapa yang tidak mengetahui ia akan hukum akal maka samalah dia dengan haiwan-haiwan."
(nukil dari Aqidatun Najin)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan